Saturday, January 02, 2016

Hadiah mak buat kekasih hatinya

Assalamualaikum 2016.


Selamat datang dan sangat dialu alukan kehadiran anda.
Disambut dengan pelbagai cara.
Semoga dapat diisi dengan benda yang lebih bermanfaat.

Hujung minggu.
Rasanya tak penah tak diam dirumah. Bergerak je tayar kereta masing".
Melaksanakan misi pelbagai, pelbagai misi ; kan lebih cantik ayat tu.
Menelaah ragam dan sisa kehidupan.
Menghadiri jemputan sana- sini.
Berjabat tangan dengan geng mengutuk.
Berdating dengan F.A.M.I.L.Y
 ; Kalah YB. Opkos. Punchline yg agak hangit di pasaran, 'demi menampung kos hidup yang semakin ramah tamah, #2kerja setiap individu'

Tak pasti saya sahut atau tidak.
Ehek!

2016.
Buka je tingkap, rezeki menyapa
 "dah pergi bercuti menenangkan fikiran sebelum diasak lasak untuk tahun ni?" 
'Belum'
"Nah" *sambil menghulur kunci kebahagian buat kami sekoge.
=sengih kambing melerettttttt.

Anak dah besar baru mereka berupaya berjalan cuti-cuti Malaysia kembali. Untung anak-anak zaman kini, dah round sana-sini. Bukan tak teringin tapi tak perlu. Cukup bawa aku berjalan dipasar malam.
=weyhhhh! >,<
Beli keperluan pun dah macam over budget, ini bercuti sakan.
Tapi saya percaya, kebahagian keluarga itu dimulakan dengan masa yang diluang bersama juga mahabbah diantara satu masa lain.


So, two0one6 merasmikan pembukaannya dengan HOLIDAY!
Saya pergi dulu. Jangan dirindui. Cukup diingati.
Kacak dimana"

p/s: Kisah saya mungkin tiada point yang +, macam syok sendiri pon iya. Ade point ambil, tiada lepas baca sengih dan ucapkan 'ALHAMDULILLAH'.

Sebab? Masih diberi kesempatan membaca sampai akhir cerita.




cc: incik google.

Monday, December 28, 2015

Bila pesanan itu kuat aku memegangnya ..






Malam.
Feel menaip datang, apalagi.. sambar terus lappy ayah sebelum isi kandungan lari membawa diri.

Cuti semestar makin berkurang. Umur makin meningkat. Tahun baru mula memberi petanda kehadirannya.

Banyak yang nak dikongsikan. Tapi... tunggu! Tak syiokk tahu semua sekali gus tanpa suspen, drama dan fantasi.

Bila cuti tak plan nak buat apa, jadi banyak kosong dari tetamu. Banyak tambah  pengalaman dari pengetahuan. Bukan tak ada, cuma kureng.

Adik, dah abis spm. Dia ambil lewat setahun dari umur SPM. Banyak yang berlaku antara kami adik-beradik juga menjadi peringatan buat masa hadapan. Jangan percaya dan letak harapan 100% pada orang luar.

Abang, semangat untuk berjaya sangat nampak. Perghhh, bila buka buku pasa adik beghadik ni mula lah nak leleh bagai. hekk!

Along, happy dengan family. Alhamdulillah. Aku turut menumpang rasa tu. Dengan anak buah yang anti aku. Macam syiokKkKkkkkk. Tapi mahu dia main dengan saya ..

Aku? Berjaya mengoyakkan senyuman kedua ibu bapa aku. Alhamdulillah. Berjaya menjelajah pasar malam di sentul. haha. rindu banget!

Yang pasar malam di Tapah, belum lagi. akan pergi. insya allah.

See,, back to my stories, Aku bole describe my siblings development. So cuti kali ni, its all about family.

Pasal mak ayah, tak mahu lagi aku kongsi. Kendian lah.

Apa kaitan cerita dengan title?

"Ada mak ayah? Khidmat pada mereka selagi mereka ada. Puas kan hati mereka dengan khidmat awak sebagai anak. Tak akan rugi dan tak akan PERNAH rugi berkhidmat pada mereka. Malah ganjaran menunggu disana" -mine tok guru.

p/s: rindu dah lepas pada tok guru. Thanks to my beloved .





Gambar dipetik dari en.Google.


Saturday, October 31, 2015

Kuat yang beerti

"Kuatkah aku saat nafsu digoda akhirnya aku tewas?
Kuatkan aku saat perintahNya datang aku hanya memandang tanpa rasa?
Kuatkah aku saat diberi hadiah dariNya aku menganggap satu bebanan hidup?"





Assalamualaikum
Dari jiwa ini ingin bertanya kepada jiwa kalian, 'Hati sihat?'
Nak tanya fizikal selalu sangat. Macam nak tahu je kondisi hati, yang mulanya jernih, apakah keadaannya sekarang?
Risau dibuatnya dek kemajuan dari setiap sudut. Jiwa yang dijaga juga lalang, apatah lagi yang hura hara? Kannn...,

Setiap satu minggu pada setiap bulan, akan ada pengisian rohani dari insan yang diberi ilham, negara seberang. Pengisiannya merujuk kepada kitab. Kitab Ayyuhal Walad, Kitab Bidayatul Hidayah dll.
Kalau kitab bidayatul hidayah, berkisahkan tentang adab, dan akan dikembang akan isinya oleh si fulan. Dari tak tahu akan wujudnya itu, menjadi teruja untuk tahu. Biasalah, bila nak sebok tuu memang rajin, dah tahu? Aduhaii! Pesan pada diri sendiri jugak, cuba amalkan ilmu yang ada supaya mendapat barakah dan rahmat ilmu yang dipelajarinya tu.

Satu masa tu, dikupaskan tentang solat. Satu bicaranya yang memukul hati yang penuh kelalaian ni,
"Bila awak solat, Dia yang mengizinkan. Itu maksudnya, Dia nak jumpa awak, nak dengar tangisan awak, permintaan dari awak. Alangkah hinanya bila Allah tidak mengizinkan kita untuk solat sebab tak nak jumpa kita. Sebab apa? Sebab dosa. Dosa yang dilakukan menjadi salah satu asbab, Dia tak ingin nak jumpa awak."

Sungguh saya cemburu pada siapa yang boleh menjaga lima waktu. Allahu. Astahgfirullah.
Pernah lalui? Tepuk dada, tanya iman.
Selalunya waktu subuh, bukan? Permulaan bagi setiap hari.
Kalau dipagi hari, dipermulaan hari Dia tak nak jumpa, macam mana yang lain? Macam mana?

Pesanan ini juga buat diri saya sendiri. Tak lari dari buat silap dan khilaf pada pencipta.
Jika permulaan gagal, jangan gagalkan yang lain. Terus bangkit dan berusaha.
Perbaiki diri untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Tidak rugi. Tidak akan pernah rugi.

Jom kuatkan diri dengan ilmu yang penuh didada. Ilmu yang dapat diamalkan. Ilmu yang dapat dikongsi bersama.

Setiap pendapat tiada istilah salah atau betul. Jika cerita yang dikongsi ada berkaitan penjejasan kefahaman akidah, mohon ditegur.







Jadilah kuat yang beerti.
Bagi saya, tahu akan tanggungjawab sebagai hamba kepada pencipta.
And you?