Saturday, June 26, 2021

Pagi subuh, kau aku terkenang

 

Pagi. menanti seruan Ilahi di fajar hari. sambil membelek buku hadiah kekanda tercinta.
Pagi. terkenang aku pada kau, meninggalkan & menghilangkan diri, entah kemana pergi.
Pagi. aku cuma boleh pinta padaNya, kehidupan kau lebih baik dari sebelumnya.
Pagi. aku mencari diri aku. mencari jawapan tentang segala perkara yang telah berlaku.
Pagi. yang datang akan pergi, yang pergi itu membekalkan kita memori seribu satu tak terungkap.


Pagi. pemula hari penarik rezeki keluarlah di pagi hari, rezeki terbentang luas bagi mereka yang mula bekerja dipagi hari.

Pagi. panggilan Ilahi sudah kedengaran. jemput menarik rezeki semua.


Saturday, March 02, 2019

Ucapan harian, bertukar kenyatan

Diberi suatu pinjam pada kita. Amanah buat diri untuk menjaga dan memelihara.
Tubuh badan.

Dalam seharian kita bergerak, bekerja apa kita ucap syukur pada sang pencipta?
Akan kurniaannya pada diri. Diberi segalanya tanpa dipinta. Tahu aja tugasnya untuk melengkapkan keperluan kita. Walaupun disuruh meminta, kerna Dia mahu lihat akan kesungguhan hambanya.

Sedarkan kalian, akan ucapan harian itu boleh terjadi dengan kata azimat 'kun fayakun' ?
Ia, dengan kuasaNya, boleh terjadi. Tanpa detikan hati, lintasan akal fikiran. Jauh termenung. Ucapan ini lah yang selalu aku katakan.

Berkatalah kalian akan perkara benar dan hak, jangan disoal benda yang tak patut disoal, kerana disitu kita bagai mencabarNya. Beringat, Islam bukan ikut logik akal manusia, ia sudah tertakluk pada hukum Allah. Yang terbatas dek akal kita untuk mengkajinya.

Tuhan, kau kirimkan rasa syukur padanya kerana Kau masih menghidupkannya dimuka bumi-Mu ini. Hadirkan rasa insaf, atas segala kelakuannya. Berikan dia peluang untuk dekatkan diri pada-Mu. Jangan kau masukkan dia dalam golongan orang yang mendapat hadiah tapi kosong hingga kini. Ya Allah, kami sayang dia. Kuatkan iman dan jiwanya. Kuatkan semangatnya untuk terus hidup dan sembuh sedia kala.

Maafkan aku tak berkesempatan untuk menziarahi mu sahabat. Ya, kau banyak peringatkan aku tentang realiti. Dalam diam kau mengajar aku. Semoga kita ketemu nanti ya. Akan ku kirimkan segala yang telah aku hajatkan untuk beri pada mu.

Friday, February 01, 2019

Say something

Told my oldest
That i scared
There was a big challenge for me
To improve myself in better version

Wonder i could survive till end?
What am i suppose to do?
Who will support my try-ing session?
When i should begin this?

Never put yourself down. Eventhough you know your ability.
Give yourself time and trust. Keep try and move.
Trying to learn from mistakes
Moving slowly phase by phase.

Look up for motivation spirit
But never look down to people who struggling for their self.

yeah. thats all from now. will continue if imlazy..
daa~