Friday, August 28, 2015

P.E.R.I.T

Sakitnya hati untuk bertahan dari bisikan itu dari terus mengoda kelembah jahanam.
Bawah meminta paku dalam madu.
Lagi ditolak lagi memaksa tubuh yang longlai dek bisikan durjana itu..

Apa aku tidak mahu kedepan maju selangkah.
Mahu!
Sangat mahukannya. Bebas dari gua gelap berteman api yang sukam
Manusia, mudah dapat mudah rebah.
Mahu bersuci lembap, terhengeh-hengeh melawan si serakah!

Jauh di bucu, timbul rasa nyaman. Ingin kembalikan kedamaian dalam hati.
Cuba lah walau jatuh berdentum sekali pun, asalkan kau cuba.
Usaha, berusaha menggembirakan diri kau kembali.
Bertuhankan Dia, Yang Maha Pengampun. Berkuasa atas segalanya.

Bila mundur, tajamkan otak tentang azab yang bakal ditimpa dikemudian hari.
Tak berjaya, kau rebah?
Layankan aja. Tapi sesak nafas menanggung derita?
Siram tubuh dengan titisan suci lagi menyucikan .

Aku bilang, aku cerita sebab sayang.
Sayang dengan kurniaan Ilahi.
Penuh kasih dicipta, rosak begitu saja?
Maka nikmat tuhanMu yang mana yang Kau mahu dustakan?

Peritkan ?
perit! perit!.
Biar perit ketika belajar dari perit bila keputusan dah keluar.

P.E.R.I.T
biar sekarang jangan akan datang.

No comments: