Akhir November. Berhasrat untuk jenguk buku. Berhabuk.
Terdetik banyak benda. Nak luah pelbagai rasa. Aku dahulu yang Esa.
Apa khabar dirimu di sana? Aku disini makin kecundang dengan nafsu sendiri.
Dlu pernah berjanji bersaksi yang Maha Esa, setia padaNya...
Aku kini perlu bangkit, mohon beri hati yang baru. Yang lama berkarat.
Tak dicuci. Kemasalan melanda. Kerap sangat malas tu menempek.
Nak lari tak berdaya. Diri tak sekuat dahulu kala. Bekalan yang ada makin berkurangan.
Entah bila nak isi semula.
Bermain dan berurusan dengan sejenis itu rumit. Kerna aku juga dijadikan seperti mereka.
Rumit bagi mereka yang tiada Kau dalam hati.
Aku suka mengungkit pemberian dulu, yang ada depan mata?
Mereka juga pemberian tapi aku perlu tapis. Bukan menerima seadanya
Lain kan kalau kau niat kerana Dia di awal temu..
Kerana akhirnya manis dirasa.
Atau aku sendiri yang bermasalah. Ketepikan selalu Kau, Yang Pemberi Rezeki.
Jom lah bermuhasabah. Kita kenang kembali saat susah dan senang kita dimana.
Siapa kita seru pada mulanya.
Kenal diri sendiri ye?