Hello December. Ahlan Ya RabiulAwal.
16 RabiulAwal 1438 H
16 Disember 2016
Jumaat
Tak banyak nak mengomel. Tapi adalah isinya.
Lebih kepada pesanan kepada diri sendiri.
Nak cerita tak tahu bila, laratkan juga untuk menekan abjad dan konsonan ni.
Cuti tinggal 15 hari tambah tolak. Nak fikir apa yang faedah dalam cuti ; lebih banyak menidurkan diri sendiri. Manjakan betul diri dengan katil ye. Tak renggang wey!
Dalam bulan ni je ; 3 berita kematian. Dari kalangan kawan, keluarga dan masyarakat setempat.
Usia mereka yang telah dijemput? Tak kira muda atau tua ... kalau sudah waktu dia, Dia akan menjemputmu kembali. Sedar" laa kita ni hanya pengembara. Kira menumpang jee dekat tempat orang ni.
Soal hati..
Suka seseorang ; Ada.
Dah terus terang ; Tak
Bagi hint ; Ada
Kenapa diam ; Belum tiba waktu nya
Tak sakit ke diam dan pendam. Lagi sakit Dia yang ciptakan kita tapi tak minta restu Dia kan? Sebab aku tengah perbaiki diri. Dulu buat jugak laa senarai lelaki idaman. Siapa tiada. Lelaki pon pernah terdetik kan nak bagaimana?..
Tapi pernah terbaca satu quote ni : Dia beri apa yang kau perlu, bukan apa yang kau mahu
So, dari situ baru tersedar, sangat impikan kemahuan, sedangkan tak tahu pun kemahuan itu boleh tak terima kurang lebih kita. Kan?
Basic kemahuan dari seorang perempuan, mesti dia nak/impikan seorang lelaki yang tahu asas agama, dari segi solat, pengetahuan am tentang agama, Hukum hakam. Halal haram. Kenal tak pencipta? (kemain tegas diknonnn!!)
Tegas before duduk serumah.. apa salahnya. Entah mengapa, bagi saya bacaan Al-Fatihah itu sangat saya tekan kn juga penting. Titik tolak permulaan. If Al-Fatihah awak tidak sempurna, bagaimana dengan solat? Solat tidak diterima, bagaimana pulak dengan kehidupan. Kehidupan tidak berlandaskan syariat, apa isu halal haram diambil kesah atau tidak.
Doa. Doa. Doa. itu aja modal yang saya ada. Siapa yang Dia tentukan jodoh buat saya, saya kena siap sedia, Belajar redha. Jodoh tu pun satu bentuk rezeki. Ingat!, Dia berhak beri sebarang bentuk rezeki buat hambanya.
Rasa bahagia ; rezeki jugak.
Oh ya, never touched someone heart if you are never to meant together. Hadam!!
Adik", ketahuilah dalam kau sedang mencuba sesuatu yang menyeronokkan dalam usia muda mu, jauh disudut nilai agama kau ketinggalan. Musuh riang gelak ketawa dengan 'percubaan' mu itu. Berani sangat, terus jumpa mak ayah. Bukan dengan ada kan hubungan.
Mungkin tegur secara depan bagai menghalang dua sejoli ingin berpacaran tapi, itu lah hakikatnya!
Benda lain minta support, wa tadehal. Tapi bab ni.... macam bersubahat. Fuhhhh, dia punya hangat nak menghalang, hangat lagi api neraka yang mengelegak!
Cukup aku berceloteh. Cukup aku beri pesan.
Jangan mencari aku. Menarik aku ke lembah kehinaan.
Kahfi, baca!
Selawat...
Mandi niatkan sunat jumaat.
Mohon berkat hidup dan ilmu yang diberi.