Salam 3 Ramadhan.
Ramdhan Kareem. Allahu Akram.
Tak banyak nak berceloteh tapi nak luah apa yang aku rasa sekarang.
Umur makin menginjak. Urusan Tuhan kau perlu selarikan.
Manusia memilih. Mahu saja yang terbaik dalam kehidupan. Agar masa depan sedikit terjamin dengan bukti depan mata yang kini dia diperlihatkan.
Umur makin meningkat. Banyak kehendak orang yang kau perlu puas kan untuk balas jasa.
Bukan mahu kata dia berkira tapi itulah roda kehidupan. Selepas itu baru pikir lorong mana yang kau mahukan.
Aku rasa,
biar aku berbakti dulu pada ibu bapa, tuhan.
Bukan menolak pada fitrah setiap kejadian tapi aku
Aku masih berkira, aku sudah sedia? Aku ikhlas dalam apa jua?
Mahal nya bunga pada harga dan nama.
Harga itu terletak penuh pada pemilik si bunga, Di ikutkan saja berapa harga yang diletakkan pada dirinya.
Namanya indah serupa dengan wajahnya. Namanya dari hati pemilik si bunga.
Pemilik, akan menjual pada orang yang layak. Orang yang bertuah.
Layaknya kau dalam hal ini,
Sudah ada garis panduan yang agama sediakan.
Pertama, harta
Kedua, keturunan
Ketiga, kecantikan
dan
Keempat, agama.
Dan kini aku rasa, persiapkan diri masing-masing
Kenal Dia. Kenali Dia dan pesuruhnya.
Kerana dari kesemua itu, boleh saja manusia memilih kerana keempat.
Keempat meliputi segalanya.
Tidak harus kau berpawatakan warak, alim, zuhud dan sebagainya.
Tapi cukup kau faham agama itu.
Kehidupan seharian tidak lari dari agama, wahai manusia.
Kira aku berkata, aku memperingatkan diri aku
yang kini aku rasa
makin alpa dengan hiburan
makin jauh dari sujud menadah tangan
makin lari dari kebaikan.
Dan kini kau rasa, kau bagaimana?