Gigih aku rancang nak jumpa dengan kau.
Gigih emaknya pulak bagi idea sediakan apa yang patut sebab aku nk jumpa kau
Gigih nya semua orang, termasuk kau selesaikan dulu kerja kau sebelum ia terlambat
Aku, banyak rencana yang aku batalkan sebab amanah ini.
Aku banyak ketepikan kata orang sebab rezeki kebahagian ini.
Aku terlepas mencipta kenangan bersama kawan sebab kan sayang nya kepada harta nyawa ini
Apa yang aku boleh buat, sebagai anak untuk menggembirakan hati ibubapa kalau tidak
Turutkan apa mereka kata
Balik secepat mungkin
Selalu bertanya khabar
Doakan mereka
Dan ...
Mengetahui hasrat di hati kecil mereka.
Tak besar mana pun pada mereka, tapi agak rumit barangkali untuk kita tunaikannya
Balik rumah, aku selalu program hari aku agar tidak terlepas pandang masa bersama mereka
Kadangkala ia menjadi, kadangkala emak abah sedih muncung kedepan tengok sikap anaknya yang sudah besar panjang.
Emak pernah bercoret
'Ingat dah besar anak-anak lagi senang nak buat program seharian, rupanya tidak'
Tidak ke aku terkedu. Ya. Terkedu. Emak punya anggapan, anak-anak besar senang kerja. Kalau dulu kecil-kecil payahnya masa mandi nak siapkan baju, tidak dengar kata.
Besar dah kami?
LAGI susah nak dengar kata. LAGI susah nak buat benda yang senang kan hati mereka. LAGI dan LAGI susah semuanya ..
Apa aku, sebagai anak ini pentingkan diri sendiri? Yang sudah besar, sudah punya akal sudah punya nafsu..
Mahu saja mengetepikan kehendak emaknya..
Mahu saja apa yang diturut si nafsu itu berlaku..
Mahu saja melukakan hati kecil emak abah
Sudah sudah laa.
Masa tidak menunggu kita malah meninggalkan kita.
Tidak terdaya kita memutar kembali masa dan peluang yang diberi..
Tidak terdaya wahai anak emak sekalian.
Aku, anaknya..
seringkali mendukacita kan hati emak abah.
Tapi mereka tidak pentingkan diri untuk tidak memberi kasih sayang pada aku
Malah masih memberi dan beri.. tanpa sedikit kata-kata ungkit
Ini, luahan rasa.
Biar diluar sana berbisik perihal kita, bukan emak sendu senda merindui anaknya
aku disini,
sangat merindui kamu.
sekian
No comments:
Post a Comment