Tak lama lagi kita semua akan menyambut raya.
Raya apa pulak kali ni?
Raya EidulAdha.
Moga kita semua mengambil kesempatan dan pengajaran dari peristiwa yang terdahulu.
Insya Allah
.....
Ayah,
anak-anak semua dah besar panjang. Semua dah nampak baik buruk. Boleh beza antara jahat dan baik.
Cuma kadangkala, kami tertanya.. apa yang dimahu nya dari ayah oleh anak-anaknya.
Dulu, kami kurang bercakap dengan ayah. Sekarang apatah lagi. Ayah tetap ayah kami, walau apapun terjadi.
Anak ayah semua berjaya melanjutkan pelajaran atas usaha gigih dan kudrat dari lelaki hebat macam ayah. Ayah tegas, sangat menjaga perihal anak-anak dia.
Anak ayah sayang pada ayah. Senyuman ayah membuatkan hari anak-anak ayah makin bersinar.
Ayah,
Kami dah mengerti setiap tutur kata dari ayah. Boleh faham tapi kadangkala tak dapat nk turuti.
Sebab kenakalan dan kedegilan kami. Macam-macam ayah rasa bila anak-anak dia tak dengar kata.
Mahu dirotan, sudah besar panjang. Mahu dibebel, takut bebal lagi budak ni.
Hai anak. Suka merungsingkan kepala ayah mu.
Ayah,
Mahu sekali hati ini membidas kata-kata mu
tapi..
Aku akur dengan kata-katamu sebab benar belaka.
Ayah,
berikan aku peluang untuk menegur mu.
Kasihi kami, bantu kami,
untuk kekal menyayangi mu hingga akhir hayat kami.
Dulu keadaan nya lain
Dan kini berbeza.
Makin berbeza.
Aku impikan keluarga yang mawaddah wa rahmah.
Cukup sampai disini ayah.
moga kita berkumpul di syurga firdausi.
moga kita berkumpul di syurga firdausi.
amiin..