Friday, November 24, 2017

Kebahagiaan itu di tangan siapa?

Hangat di khabar kan hari ini, Black Sale Friday. Merata tempat sibuk dengan jualan harga runtuh. Masing-masing merebut peluang, yang mana teringin lama ditunaikan; yang mana dah kumpul duit hari ni baru dilaburkan; mana yang keperluan perlu terisi, diisikan. Jadi, lengkaplah mereka punya hajat teringin mengisi keperluan.

Bahagia bukan.

Hari demi hari, silih berganti. menunaikan tanggungjawab. dari pagi bawa ke senja. pulang sepi keluar sepi. awal bulan berisi hujung bulan sipi sipi.

Bahagia ke tu.

Ada orang cukup apa yang dia ada, keperluan mencukupi ; tanda bahagia.
kata saya.

Ada orang cukup dikelilingi orang yang tersayang buat dia ; rasa bahagia.
kata saya.

Ada orang dengan kemewahan sana sini ituuu baru ; makna bahagia.
kata saya.

Ada orang melibatkan diri dalam jenayah hasil dendam kesumat ; bahagia sementara.
kata saya.

Ada orang mahu jauh duduknya dari bandar yang selalu hiruk pikuk ; bahagia alam.
kata saya.

Semua diatas itu kata saya..
Saya ini tukang mentafsir situasi keliling saya. Rasa saya bahagia ke?
Aneh bukan. Takda kena mengena pun. Tapi ya. dengan melihat keadaan di sekeliling kita, kadang boleh rasa bahagia. Bahagia nya mereka itu bahagia bersama. sekeluarga bahagia. sekawan bahagia. pasangan bahagia.

Aku ni dok penghati bahagia orang, aku ni tak bahagia ye?
-terdetik 

Dalam hidup, 
buat la apa yang kau rasa bahagia.
orang sekeliling rasa bahagia
keluarga kau rasa bahagia
kawan-kawan rasa bahagia.
pasangan rasa bahagia
sungguhpun,
bahagia itu tak semestinya dimiliki kita tapi
dimiliki orang yang kita sayang.

Dalam bahagia,
ada terselit sengsara, dukacita, patah hati.
Itu lumrah. Roda kehidupan. Manakan sempurna kalau tiada campuran rasa dalam kehidupan.

Aku,
yang tampak bahagia, 
itu luaran.
Dalam aku belum pasti lagi.

Ditangan kau sendiri, kebahagiaan itu boleh dimiliki.

sudah lah berdendam
membenci sesama sendiri.
pilihan hidup banyak
luangkan masa selagi masih bernyawa
-airine

No comments: