Friday, January 26, 2018

Dari telinga ke telinga

Januari, 26

Mula dari mata ke hati. Lepas tu kemana?..
Klishenya kisah kita kali ini. Kalini tajuk samar-samar kan. Tapi tajuk tu kita kasi pembayang je lah.
Kisah. Izinkan aku berkarya.

Alkisah, dari telinga ke telinga.
Suatu kisah perkongsian dari individu. Rapat sebab sesi perkongsian. Mendalam kali ini kisah dia. Dia pernah ajukan pada diri saya dengan pembukaan bayangan cerita, "Kalau kau sekarang parents, lepas tu dapat tahu anak kau berpelakuan tak elok atau lain-lain. He/She no good behaviour, kau as a parents apa kau RASA?"


...
...........
...berfikir sejenak aku. Hm hm hm..

Aku, boleh beri jawapan as anak. Kalau as parents.. i donno. How should i feel. How should i thought. How should i react.

Kalau aku, anak yang berpelakuan tak elok, fikir balik jasa mak ayah, layanan mereka, keprihatinan mereka, sayangnya mereka (lap air mata sat).. I will question back myself..
How dare you! Apa salah mak ayah sampai aku,(eg anak yang berpelakuan tak elok) buat macam tu.
Kalau dorang dapat tahu, segala gejala tak elok aku tu, agak-agak dorang balas apa?
Takkan dorang diam dan terima. Takkan..

Paling-paling dorang akan tanya balik, apa salah kami sampai awak jadi macam ni?

Dan anak itu akan diam membisu tidak berkata apa kerana tiada apa yang perlu dikata.

Powernya ayat saya ni. Keh!

Dia berkongsi, ahli keluarganya ada yang begitu.. tak sama tapi yaa macam ada sikit-sikit laa kesamaan contoh tu.. dan dia tiba-tiba terpikir, apa salah mak ayah aku sampai ada waris keluarganya sebegini. Apa?



Tak lekang otak dia dengan soalan APA?

Korang..?
Apa...?

Menangis beb sesi perkongsian kami. Ini berlaku jika dari telinga ke telinga. Masing-masing beri tumpuan pada kisah yg di kongsikan.

Anak, kami besarkan kamu dengan kasih sayang. Tak pernah sedikit kami tak rasa sayang, anak.
Anak, kami mahu yang terbaik dalam hidup mu.
Anak, kita ada rujukan utama yang menjadi keutamaan dalam hidup ini.
Anak, Tuhan dah turunkan mukjizat pesuruh Dia, Muhammad iaitu Al-quran.
Anak, peganglah pada Al-quran dan Hadis, sesungguhnya ia rujukan utama dalam kehidupan.

Diri, kalau kau sedang buat kesalahan, perbaiki lah dari masa ke semasa.
Diri, jangan biarkan diri mu terleka dari perhiasan dunia, takut dirimu paling tercela
Diri, sayangi dirimu dan ahli keluarga mu kerana mereka adalah satu nikmat yang tiada gantinya.
Diri, mahalkan diri mu wahai diri. mahalkan....

Korang yang baca harap paham Entry kalini.
Saja tak direct sharing. Kita kasi kiasan rojak dalam bercerita. baru ada feel dan suspen. Ecewah..



telinga ke telinga; suatu unik dan berharga

Tuesday, January 02, 2018

January ; Dua


Ahlan wasahlan 2018
Kejayaan yang telah ku kecapi pada tahun lalu bukan satu benda yang disangka-sangka, ia cuma anugerah dari Allah Taala.
Kegembiraan buat ibu bapa ku merupakan kejayaan besar buat diri ini.

Tahun demi tahun berlalu, semoga kita semua sedar diri dan kehidupa ini bukan selama-lamanya, ia hanya lah sementara.
Sementara diberi masa dan ruang, guna la dengan sebaik mungkin. Takut kesal di hari kemudian.

Jangan kau sakiti hati mereka dengan alasan kerna aku sayang dia. Bahagia bagi kau, bukan diri nya.
Derita dan pendam dalaman siapa tahu. Sakit peritnya orang itu saja yang rasa.

p/s: Gambar sekadar penyeri pembukaan 2018. Harap itu berkekalan hingga syurga