Wednesday, May 16, 2018

Yempipi for Lifeeeee

"Satu kumpulan yang terwujud hasil undian majoriti pelajar-pelajar kolej".

Assalamualaikum dan selamat petang.
Setiap sesi bertukar ahli jawatan kuasa dan pengurusan. Satu sesi memegang 2 semester.

Prosedur perlu mengisi borang dan mempunyai moto tersendiri. Menghantar borang pada Unit Hal Ehwal Pelajar. Tunggu kelulusan sebelum langkah seterusnya iaitu Memanifestokan Janji anda.
Juga perlu bertanding dengan pelajar lain dan meyakinkan pelajar-pelajar kolej bahawasanya AWAK merupakan calon yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab itu.

Mudah ke payah?
Payah ke susah?
Susah ke rumit?

Mudah saja. Sangat mudah proses di atas jika dibandingkan dengan Pilihanraya untuk Negara. Ianya cuma Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar. Secara dasarnya, sesiapa pun boleh bertanding asalkan layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan seperti:

-rekod bersih
-cgpa atas 2.50
-berwawasan
-berwibawa
-amanah

Itu sesuku dari kriteria yang sebenar. Bertanding lah kami untuk sesi 2016/2017. Ada 20 tempat untuk di isi dengan berbekalkan calon seramai 25 orang ketika itu. Apa yang di fikirkan orang yang mahu bertanding adalah bermacam-macam. hahahah

Yang pengundi pon sama, berfikir macam-macam.
Kenal? 'Kita undi'
Tak kenal? 'Kita tengok muka-muka yang boleh harap. Lebih pada ikut citarasa penglihatan dan gerak hati'.

Pemilihan telah pun selesai. Maka timbullah muka-muka baru bergerak sebagai satu kumpulan. Kami mempunyai penasihat. Hasil didikan dia pada ketika itu, wujudnya 'YempipiforLife'. Ini yang saya rasa.

Kami mempunyai dua penasihat. Penggal pertama penasihat orang lama. Penggal seterusnya kami dihadiahkan wajah baru dalam Unit Hal Ehwal Pelajar.

Bagaimana kami serasikan diri dengan calon lain yang terpilih?
Bila kami di tugaskan untuk selesaikan satu masalah bersama. Bersama-sama walau apa jua terjadi. Gerak langkah, tutur kata, memek muka, lontaran pandangan ; hasil usaha kerja dalam satu kumpulan. Kalau kerja secara individu, macam mana korang nak kenal karakter masing-masing?
Mustahil lah!



Minggu pertama, dah berkumpul mesyuarat ahli tertinggi untuk menentukan jawatan bagi AJK lain. Seterusnya di adakan mesyuarat bagi mengagihkan tugas untuk projek pertama.


 Projek bukan sebarangan tapi projek tahunan bagi kolej iaitu CSR. Akan hadir VVIP, Ahli-ahli tertinggi kolej pusat dan YB kawasan berdekatan. Bergetar lutut semua orang. Tapi penasihat pertama, yakin dan tenang.

Boleh dikatakan projek pertama berjaya 80%. 'Boleh' yee.. Waktu tu ketua projek ditugaskan untuk bahagikan tugas pada AJK lain seperti displin, makanan dan jemputan vvip. Teruja dan berdebar. Tak lama kami perlu tunggu untuk dapat pengalaman berharga ni.

Acara wajib setiap semester adalah 'Anugerah Kecemerlangan Akademik'. Suatu usaha meraikan kejayaan kecil pelajar yang mendapat pointer GPA atas dari 3.50 & 3.75. Tak mudah tapi tak juga susah. Kerja yang bagus dapat tengok dari proses bergerak dan maklumat tambahan kepada ketua. Nampak la AJK mainkan peranan. Bukan takat goyang kaki.

Balik lewat malam. Itu kebiasaan. Ketua korbankan masa rehat dia itu pun lumrah ketua. Waktu anak kapalnya beradu baru dia berlayar jauh untuk menyenangkan anak kapal esok hari. Cuma kami je tak perasan kekadang. Ada lah nanti sesi sibuk bercakap ketua 'Goyang kaki Kasi arahan'.

Boleh letus perang dunia kami ke sebelas. Masam muka. Cakap belakang. Goyang kaki. Kuli pelajar. Tempat dicerca. Tempat dipandang serong ; KAMI

Berapi jugak memula dapat tamparan macam tu. Lama-lama alah bisa tegal biasa.
Tekanan? Ada.. benda nak cepat saje. Benda nak maklumat siap. tekanan woo.. tapi itu semua sesi pembelajaran kami. Bagaimana awak sebagai pemimpin atasi masalah di luar tekanan yang dahsyat. Tajuk kemain panjang dan berisi.

Kalau si jejaka pengubat lara dia si bunga harum, begitu juga si duri memerlukan tampan menonjolkan diri. ceeewaahhhh kemain. Kami dah anggap masing-masing ini keluarga. Kemana pergi mesti lebih dari seorang. Nak adakan kenangan manis kita bergurau senda. sakat menyakat itu biasaaaaa sangat

Tak buat orang kecil hati tak sah lah oi sesama kitaorang ni.

Dua penggal tak lama. sepuluh bulan macam tu saja. macam-macam lalui. mengecat kotak telur untuk musim kemerdekaan. jam berapa ntah kami berenti. fikir ada kelas esok je, kalau tak, sambung sampai siap. ada yang eksiden, bertongkat. eksiden langgar kereta sebab barai. tudia. kami turun waktu ada pelajar dalam kecemasan. nak dapatkan laporan, lapor pada pihak atasan.

Kami ni kaki dan tangan tambahan untuk pihak atasan juga. membantu melancarkan urusan mereka gituh!

Pelajar mana yang perlukan bantuan, kami sedia untuk bantu. Itu lah peranan kami sebenarnya. Tiada hala tuju cerita ni. mana yang teringat, kita kongsi. sekejap tajuk ini, sekejap tajuk itu. harap paham lah yang baca nanti.

 Otak? Semua masuk air. dalam tak dalam je orang tu selam. Jiwa? berlainan tapi bab hati kami boleh bersatu. Sayang? Gila takkk!!

Kalau jumpe boleh menjerit dulu before tanya khabar. Teruja lain macam kami. hehe

Imbas kembali tarikh kami mendaftar masuk 20 Jun 2015. Hingga kini bagai tidak percaya masa itu singkat. Terisi atau terbuang saja.

Kalau bab air mata sesama kami ni, siapa je tak pernah tumpah. banyak sebabnya. Ada yang sebab tak berjaya, kecewa, marah, gembiraa dan juga kehilangan. Bab kehilangan tu, merupakan satu peristiwa yang amat menyentuh hati setiap pelajar yang ketahui. Dari insan yang istimewa ke kawan lambai 'Hai hai Bai bai'

Perjalanan kami satu keluarga ni singkat tapi tak mudah. Kami di asak untuk bergaduh sesama sendiri. Ada saja benda yang dipertikaikan. Disoal. Dibangkit dan di api apikan.

Sebab gaduh tu lah kami boleh 'gather' sampai harini. Buat insan yang punca utama, saya nak berterima kasih dengan semburan angin itu pada kami. Hahaha menjadi mujarab oi.

Esok 1 ramadan 1439H. Malam ni terawih pertama. Sampai disini saja cerita untuk keluarga kecil. Hingga bertemu lagi.

'Keluarga kecil, berlayar la kamu hingga hujung dunia dengan berpaksikan tujuan utama'
-Cikrin (EnambelasLimaDuaribulapanbelas)