Tubuh badan.
Dalam seharian kita bergerak, bekerja apa kita ucap syukur pada sang pencipta?
Akan kurniaannya pada diri. Diberi segalanya tanpa dipinta. Tahu aja tugasnya untuk melengkapkan keperluan kita. Walaupun disuruh meminta, kerna Dia mahu lihat akan kesungguhan hambanya.
Sedarkan kalian, akan ucapan harian itu boleh terjadi dengan kata azimat 'kun fayakun' ?
Ia, dengan kuasaNya, boleh terjadi. Tanpa detikan hati, lintasan akal fikiran. Jauh termenung. Ucapan ini lah yang selalu aku katakan.
Berkatalah kalian akan perkara benar dan hak, jangan disoal benda yang tak patut disoal, kerana disitu kita bagai mencabarNya. Beringat, Islam bukan ikut logik akal manusia, ia sudah tertakluk pada hukum Allah. Yang terbatas dek akal kita untuk mengkajinya.
Tuhan, kau kirimkan rasa syukur padanya kerana Kau masih menghidupkannya dimuka bumi-Mu ini. Hadirkan rasa insaf, atas segala kelakuannya. Berikan dia peluang untuk dekatkan diri pada-Mu. Jangan kau masukkan dia dalam golongan orang yang mendapat hadiah tapi kosong hingga kini. Ya Allah, kami sayang dia. Kuatkan iman dan jiwanya. Kuatkan semangatnya untuk terus hidup dan sembuh sedia kala.
Maafkan aku tak berkesempatan untuk menziarahi mu sahabat. Ya, kau banyak peringatkan aku tentang realiti. Dalam diam kau mengajar aku. Semoga kita ketemu nanti ya. Akan ku kirimkan segala yang telah aku hajatkan untuk beri pada mu.