Wednesday, December 28, 2011

kek batik

salam..
lama dah tak tulis kat blog ni.rindu rasanya..
malam ni masa telah mengizinkan saya untuk menulis seketika buat penenang jiwa..

pagi tadi lepas sediakan sarapan untuk ahli keluarga terdetik dekat hati nak `try` buat kek batik.
so0o.. mula mengambil bahan2 yang patut dan diperlukan.
(ikut resepi kawan)

bahan-bahan:
koko/milo
susu pekat
biskut marie
majerin
air
....
langkah2 perlu ke.?
tak pelah segan nk tulis kat sini..
lagipun ini hanya percubaan..
nnti kalau dah menjadi baru saya tulis langkah2 membuatnya ya ??
oke lah senang cerita.. lpas buat tu letak dalam bekas segi empat tepat atau segi empat sama.
sejukkan ia dalam peti ais..

petang menjelang.., bawa keluar untuk santapan `percubaan` buat keluarga..
ada kata `ok`, `terlebih manis` `mcm kurang menjadi je`...??
huhuh~.. ape2 yg diorang komen terima dgn terbuka.. kalau tiada sesiapa yang nak mengomen macam mana nak tahu kita punya kerja berjaya atau pun tidak, betul tak??

nak tengok tak pic sebenar.. oke2 saya tunjuk.!
macam kurang menjadi kan.??
itulah hasilnya..
sebenar ia kurang menjadi..
hurm.. biasa. nama pun `percubaan`..

p/s:lazat~ x sabar! hihih...

+sekian+

Thursday, December 22, 2011

berfikir sejenak!







urm..
cuti sekolah bagi kerajaan hampir tamat,
tetapi cuti bagi swasta macam saya ni, baru nak mula dan akan akhir tidak lama lagi.
huh~..
lagipun cuti tak boleh lama2.., karang.. aduss..~.~
pengsan diri ni.*..*

sebenar takde motif pun nak tulis blog kali ni, tapi cuma nak latih taip je..
*boringsebenarnye*
manalah tahu satu hari nanti bakat menulis dalam diri ni ada, hurm.. just be prepare..
yeah, insha allah..
cuti kali ni kne duduk rumah, lain kte bgi nk paham skit jadi maid sementara..
+_+
tolong kemas, masak :), gosok baju, sidai, basuh n everthing saya n adik saya kne lakukan..
mak, ayah pergi mencari rezeki....
tahun baru pun yak lama lagi akan muncul, tahun 2011 akan menutup tirai..

fikir2kan balik lah tentang tahun ni kan..,
ermm, banyak ke perkara dulu saya rasa tak patut buat saya dah pun tinggal kan..??
 let me think first..:-?
okey.. the answer is..:-
ada insya allah.., diri ni berazam nak jadi manusia yang berguna, baik..
dipandang mulia oleh allah.. menjadikan cinta sejati itu ialah allah dan macam2 lagi LAH!~..

takut, gementar rasanya nak jejak tahun baru ni.., banyak perkara yang akan saya lalui tanpa pengetahuan saya kecuali Yang Maha ESA!!..
Dia sahaja lah yang mengetahui perjalanan, liku-liku kehidupan saya yang akan datang..
subhanaallah, hebatNYA pencipta kita..
mampu merancang sesuatu perkara dimasa hadapan.!
kalendar hijrah pun dah lama tukar.., rasa sekejap sangat bumi ini berputar!..
masya allah.!!!

*o0ps, termasuk pula tajuk lain, sorry!:)
huh~.. ~..



P/S : renungan buat bersama!
        sorry ye klo topik tak kne!:) thnks 4 reading my stories..


::asssalamualaikum::

Monday, December 19, 2011

kau inspirasi hati







alhamdulillah..selamat sampai kerumah..
sabtu yang lepas baru sekolah ana cuti.. tapi 2 minggu saje..
cukuplah tu kan..
.........................................

beberape hari sebelum, kelas ana telah membuat perjumpaan dengan ustazah kami..
perjumpaan kali yang terakhir..sedeh..sedeh..sedeh..
tak tau nk cakap tau luah mcm mne,,..
pembukaan majlis tu, seorang akak yang agak rapat melontarkan kata2..
dekat kata2 akak tupun dah ada yang teresak-esak..
... akak yang berucap tupun adakalanya berhenti seketika..
bergenang jugak lah air mata semua termasuk MC..

..................................................
start ustazah berucap, kelopak yang telah ditakung dengan airmata pun jatuh berderai jatuh..
antara kata-kata ustazah :-
-"berat hati ini nak tinggalkan "
-"kering dah airmata kerana istikharah"
-"rasa takut utk berhijrah ini"

itu saja kata-kata yang masih segar lagi dalam minda ini..
kata-kata lain masih ingat tetapi tidaklah sesegar kata-kata yang berada diatas sana..
ustazah berkhidmat disekolah itu pada tahun 2008-2011..
4 tahun saja.. anak murid yang sekali masuk ada yang sempat khatam dan ada juga tak sempat..
time ustazah berucap tu, banyak kali ustazah ulang ayat ini " ustazah minta maaf lah kepada yang nk khatam dkat ustazah tapi tidak sempat, minta maaf sangat-sangat"
dan " kepada yang dah khatam tu, jagalah elok-elok"

tersentuh sungguh time tu..
lagi-lagi anak murid yang masuk tahun same tetapi tak sempat nk khatamkan....
semua berderai jugaklah malam tu..

tapi apa-apa pun kami kena juga lah terima keputusan ustazah..
mungkan ada hikmah disebaliknya..
insyaAllah.. jika umur dan rezeki itu masih panjang..
allah akan pertemukan kami ustazah suatu hari nanti..
insha ALLAH.....

p/s: sebak -..-.



credit to my beloved teacher
-ustazah nurshidah bt mohd shah-


ana sayang sangat dekat ustazah!!

Sunday, December 04, 2011

UjiAn....~..~




ujian.
membuat kite lebih matang dan berhati-hati.
itu kenyataan yang akan di keluarkan dri bibir seseorang selepas dirinya diuji.
ujian atau dugaan dan musibah ini sebenarnya ingin meneliti diri kita yang sebenar.
adakah kita seorang yang bersabar menghadapinya atau disebalik itu.
ujian sangat sinonim dengan seseorang,
ia tidak dapat lari dari kehidupan yang realiti..
celah lah kita dekat bahagian mana pun..
ia tetap datang dan akan ada..
kita yang memainkan peranan,
bagaimana menyelesaikan masalah .. pandai mengawal situasi..
janganlah sesekali menyalahkan masalah yang timbul,
ia seolah-olah kita ini tidak dapat meredhai tentang qada` dan qadar kita..

adakalanya kite perlu berfikir, mungkin ini balasan atas perilaku kita yang dahulu.
tidak pun ia ingin mematangkan kita, pengalaman mengawal situasi masalah kita ketika itu.
jikalau tiada seseorang ditimpa masalah, dunia ini tiadalah corak kehidupan yang sebenar..
semuanya bahagia sahaja... perasaan geram, marah, kecewa dll tiada dalam kamus kehidupan kita...
menarik ke sebegitu..?

jika sesiapa yang ditimpa musibah, redhailah dengan sepenuh hatimu..
allah jugak tidak akan menguji seseorang tanpa ia tahu seseorang itu mampu menghadapinya..

tika dirimu diuji, berdoalah.., bermunajat kepada yang Maha Esa.., ketika itu dirimu akan terasa ketenangan yang hakikinya..
subhanaallah..!!

p/s:bersabarlah duhai khalifah allah..