Friday, March 30, 2012

Disuatu hari .. ep1

Pagi itu indah.
Semua ciptaan-Nya mula bergerak keluar untuk mencari sesuap rezeki. Dengan rasa amanah dan tanggungjawab..
------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hah!, inilah sekolah yang dulu ibu nak masukkan angah tapi tak kesampaian." kata Puan Siti kepada puteri keduanya.
"Oh!, ini ke? Cantik juga ya ibu." kata anaknya kepada Puan Siti itu.
Puan Siti angguk perlahan.
Tidak lama lagi, Puan Siti akan memasukkan anaknya itu ke sekolah yang telah lama dihajati untuk puteri yang dia amat kasihi.

Sesi pendaftaran untuk Sekolah Menengah Agama Maahad Iqtan (SMAMI) telah dibuka.Pada hari itu, ramai sungguh ibubapa serta anak-anak mereka datang untuk mendaftar.Pelbagai negeri yang datang.
Kepercayaan ibubapa terhadap sekolah itu amat tinggi.Sejarah sekolah itu membuatkan ramai masyarakat sekeliling dan yang lain turun untuk menyokong dan membantu.Dulu asal tanah itu kepunyaan mudir, Ust.Halim bin Agus.Mereka sepakat untuk membina sebuah Sekolah Menengah dikawasan kampung yang dikelilingi sawah padi.Atas niat yang murni, lama kelamaan ada seorang hamba allah ini memberi sedikit wang untuk membina sekolah.Ust.Halim bin Agus tidak pernah patah semangat.Walaupun adakala manusia ini mengkhianati masing-masing.Usaha itu diteruskan sehinggalah hari ini berjaya mendirikan sebuah Sekolah Menengah.Sudah hampir 20 tahun sekolah itu didirikan.

"Baiklah Atikah, ibu pulang dulu ya.Jaga diri baik-baik.belajar sungguh-sungguh ya nak.Jangan nakal-nakal.Selalu berkawan dengan orang yang baik-baik ya."
"Baik bu, terima kasih sebab ibu percaya pada atie.Doakan atie ya, bu."
Sayu sungguh pesanan yang diberikan pada Atikah.Ibubapanya sudah bergerak pulang selepas selesai menguruskan pendaftaran anaknya itu.Atikah melambai tangan kearah kereta ibubapanya.Sambil itu menitis air dikelopak matanya.Sedih.

Tidak mengapa atie, kamu perlu kuatkan semangat! Monolog kecil dalam hati sigadis manis ini.
Bermula sesi orentasi disekolah SMAMI ini.Minggu Silaturrahim(MSR) akan berjalan selama seminggu dan akan dikonduk oleh pelajar-pelajar senoir iaitu tingkatan 5.Pada hari pertama, mereka diagihkan kepada beberapa kumpulan dan akan mendapat seorang senior.

Disitu bermulalah perkenalan baru antara Atikah dengan `Afifah dan Aisyah.



No comments: