#Kenapa?
Dengan senaman, tulang, ligamen dan tendon menjadi lebih kuat dan ini akan mencegah masalah reput tulang (osteoporosis) dan reput sendi (osteoarthritis) selain mencegah masalah terjatuh akibat lemah otot dan sendi.
#Bukti?
Dalam Islam, senaman adalah satu sunah Nabi Muhammad SAW. Ada hadis Nabi yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasih Allah daripada mukmin lemah. Oleh itu, berpegang teguhlah pada setiap kebajikan yang akan memberi manfaat.” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a) Rasulullah adalah seorang yang aktif secara fizikal sehingga ke akhir hayatnya. Baginda menyeru umatnya berusaha bersungguh-sungguh menjadi umat yang kuat dan sihat. Baginda menggalakkan umat Islam dengan riadah berkuda, memanah, bergusti, berlumba lari dan berenang untuk menguatkan tubuh badan.
#Faedah
Faedah kesihatan dengan senaman bukanlah khusus kepada sejenis penyakit sahaja, tetapi mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Bersenam juga boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan kerana stres rendah dan menurunkan berat badan. Senaman menaikkan ‘mood’ dan jati diri, tingkat tenaga, mencantik rupa fizikal dan membuatkan seseorang merasa lebih sihat secara umumnya. Bersenam adalah amalan untuk gaya hidup sihat.
#Kelebihan berjalan kaki ..
Terdapat lebih 40 kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan yang menunjukkan senaman secara sederhana boleh menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 30% ke 50%. Senaman sederhana seperti berjalan kaki sejauh 3km selama 40 minit, mambasuh dan mengilatkan kereta selama sejam, berkebun selama sejam, mengayuh basikal sejauh 8km selama setengah jam, berenang selama 20 minit dan berlari sejauh 2.5km selama 15minit.
heheh, saya nak beritahu yang hari... saya dan kakak pergi bersenam.. haha, just nak terangkan apa kelebihan bersenam..
dan ia keperluan ataupun kehendak.. insya allah selepas anda baca , anda akan dapat tahu ia keperluan ataupun kehendak ..
baiklah, mau tunjuk snap2 gumbira kami ! :)
#keamanan itu milik KU ~!
#hee, ade aeroplane .. hahha
#gaya lah sangat !
No comments:
Post a Comment