Friday, August 28, 2015

P.E.R.I.T

Sakitnya hati untuk bertahan dari bisikan itu dari terus mengoda kelembah jahanam.
Bawah meminta paku dalam madu.
Lagi ditolak lagi memaksa tubuh yang longlai dek bisikan durjana itu..

Apa aku tidak mahu kedepan maju selangkah.
Mahu!
Sangat mahukannya. Bebas dari gua gelap berteman api yang sukam
Manusia, mudah dapat mudah rebah.
Mahu bersuci lembap, terhengeh-hengeh melawan si serakah!

Jauh di bucu, timbul rasa nyaman. Ingin kembalikan kedamaian dalam hati.
Cuba lah walau jatuh berdentum sekali pun, asalkan kau cuba.
Usaha, berusaha menggembirakan diri kau kembali.
Bertuhankan Dia, Yang Maha Pengampun. Berkuasa atas segalanya.

Bila mundur, tajamkan otak tentang azab yang bakal ditimpa dikemudian hari.
Tak berjaya, kau rebah?
Layankan aja. Tapi sesak nafas menanggung derita?
Siram tubuh dengan titisan suci lagi menyucikan .

Aku bilang, aku cerita sebab sayang.
Sayang dengan kurniaan Ilahi.
Penuh kasih dicipta, rosak begitu saja?
Maka nikmat tuhanMu yang mana yang Kau mahu dustakan?

Peritkan ?
perit! perit!.
Biar perit ketika belajar dari perit bila keputusan dah keluar.

P.E.R.I.T
biar sekarang jangan akan datang.

Friday, August 21, 2015

Tahun bergelar siswa

Assalamualaikum. Salam penghulu hari, JUMAAT.

Hampir setengah tahun tak bercoret. Bila nak bercoret-caret takde masa, bila ade masa takde pulak ideanya. Back to title, weeeeHAaaaaa! PerancanganNya yang tak dapat nak dijangka oleh kita; hambaNya. Geng Unismart Batch 3 kebanyakkannya ditempatkan institusi di negeri Selangor. Saje sya pilih untuk merantau. Rindu nak duduk luar dari negeri kelahiran kita. Dulu merantau di Perak, skrang nie ke Johor pulak. Life as student dh nak masuk 2 bulan. Midterm bakal menjelma x lama je lagi.

Bila dah duduk jauhhhhhhh dari keluarga nie, macam-macam kena hadapi, macam-macam akan berlaku. Penah saya mentionkan satu situasi, bab SOLAT. Masing" dah besar, bkan bawah 18 thn lagi nak kene kerah, tegur. Kalau nak di ingatkan tu, boleh lagi. Mentaliti orang skrang, bila nasihat: Alim. Bila tegur: bajet sempurna. Dah tuuu, kalau tak berpesan-pesan kepada kebaikan, siapa lagi nak pesan. Saya penah kata dekat sorang kwan nie, 'kau nak buat apa, sukahati, tapi tolong jaga hubungan dengan Allah. Jaga kebaikan dan kebajikan mak ayah kau tu, sian dorang'.

balas dia"eh?" ...
Dia hanya mampu balas tu je. Semoga dibuka kan pintu hati.
Pesan aku pada kawan tu bukan kosong, tapi peringatan buat diri sendiri juga.
Ambil yang jernih, buang yang keruh. Tinggikan ISLAM kerana kebijaksaanmu.

Jaga apa yang perlu dijaga, jangan sampai tak terJAGA!