Thursday, March 23, 2017

TNB Bangsar




Seminggu yang lepas. Minggu mid-term. Masing-masing sibuk dengan tugasan dan tanggujawab. Manakan nak kejar siapkan assignment, yang berlari ke training lagi. Ke kelas malam pulak lepas tu. Its all about commitment and passion.

Passion ni, datang dari hati. Kemahuan diri sendiri. Tak perlu dipaksa tak perlu dikerah. Minat, semua benda boleh pergi. Arina ni minat bersukan. Kerah diri jugak untuk aktif. Kalau tak tepu jee, belajar.. belajar,, belajar.. kan?

Arina ni jenis payah sikit nak consistent. Kena banyak kali di ajar. Di polish. Kena banyak buat latihan. Tipu laa kalau kata tak down dengan diri sendiri. Sedih. Training dari sem 1, tapi satu apa tak mahir lagi. Sekarang dah sem 4. Haaa..

Sem 4, ada SUPTEM. Sukan antara KPTM. Volleyball antara sukan yang wajib di pertandingkan. Kebetulan SUPTEM kali ni, Batu Pahat tuan rumah. Tuan rumah beb! Masak laa kalau kena tapau dengan tetamu kan? Takkan nak mengalah sebelum bertanding. Paling kurang top-3. Besar angan-angan team Volleyball Wanita..

Rezeki untuk kami, ada seorang hamba Allah sudi jadi coach untuk team kami. Dari dulu tak tahu kenapa perlu digging, dah tahu. Dari tak tahu macam mana nak spike, kira sekarang boleh lah.. Coach suka budak yang kosong tapi nak belajar. Kosong tapi mahu ambil nasihat. Lagi senang dia nak bentuk. Bukan jenis budak acah tahu tambah ego. alahai! tu semua POYO !!

Minggu lepas, first time merasa friendly. Dengan TNB HQ. Itu pun satu rezeki. Jauh perjalanan kami satu team. Team wanita main 2 set. 31 per set. First set, Batu Pahat mendahului.. Second set, HQ pulak. Kami kalah tipis. Kalah 2 mata. Seronok. Ada jugak pengalaman.


Team Wanita Volleyball TNB HQ & KPTM BP



Untuk coach , terima kasih.
Untuk teammates. korang sempoi.
Game tegang mana, asal tak library, bola susah pun bole petik laaa bro!
Untuk TNB, arigato sebab beri peluang dan percaya pada kami.
Untuk semua, kita dah tunjukkan improvement kita satu pasukan.
Perjalanan masih jauh lagi team,  jauhhh..
Kita tinggal kurang lagi 2 bulan untuk game yang sebenar. SUPTEM.
Semoga apa yang kita perolehi time training dapat dipratikkan...
hahahahah, "Ingat tu Arina" haa hahaha.. Harus ingat. 4 sem bebbbb~
Last but no least

kau handal sorang belum tentu kau juara.
kau kerjasama dengan kumpulan mustahil kau kalah memalukan.

Tak semua ada ni. Tapi takat ni je yang mampu pergi dan dibawa.
Pengalaman yang mahal dan sangatttt laaa maniss... <3 p="">

Wednesday, March 08, 2017

Dan berpesan-pesan lah kamu kepada KEBAIKAN

Hati tersentuh dengan teguran.
Dah lama hati sendiri tidak tertunduk pada kenyataan.

Sekian lama aku mencari jawapan,
baru ketika ini, Dia membalas pertanyaan dengan sebuah pertemuan.

Dari biasa-biasa hingga satu puncak,
Kita bicara yang luar biasa.

Aku berkongsi apa aku rasa dalam hidup kini,
sedang apa yang telah aku lalui,
itu semua suatu pembelajaran,

Usah kau rosakkan hati dan jiwa,
mereka sakit sebab salah kau sendiri.

Luaran elok tapi dalaman
siapa yang tahu, kalau bukan tuhan?

Jauhkan aku dari berputus asa
mengajak sekalian umat manusia melakukan kebaikan

Dekatkan aku dengan kesungguhan yang membuah kan hasil
dalam kesungguhan ada kesabaran.

Aku tak punya siapa selain tuhan
untuk aku bicarakan keluhan

Berapa lama lagi hidup kita,
si pakar tak tentu ada jawapannya

Kau harus tahu,
ucapan mu satu pertaruhan
Ujian datang bukan suatu halangan
tapi satu semangat yang ada kesudahan.

Takut melakukan kebaikan atau takut pada baik?
Takut dibenci orang atau takut pada benci?

Buat aja baik. Usah risau pada kebencian.
Negative datang, sambut dia dengan positivenya akal mu.

oh, soal kn pada dirimu :
takut nak buat baik?
'aah'
kenapa? takut dibenci...
'aah'
kenapa perlu takut dibenci?
' ........ '

biarkan benci orang itu pada kita ...
selagi kau punya tuhan yang kasih dan sayang pada hambaNya