Friday, November 24, 2017

Kebahagiaan itu di tangan siapa?

Hangat di khabar kan hari ini, Black Sale Friday. Merata tempat sibuk dengan jualan harga runtuh. Masing-masing merebut peluang, yang mana teringin lama ditunaikan; yang mana dah kumpul duit hari ni baru dilaburkan; mana yang keperluan perlu terisi, diisikan. Jadi, lengkaplah mereka punya hajat teringin mengisi keperluan.

Bahagia bukan.

Hari demi hari, silih berganti. menunaikan tanggungjawab. dari pagi bawa ke senja. pulang sepi keluar sepi. awal bulan berisi hujung bulan sipi sipi.

Bahagia ke tu.

Ada orang cukup apa yang dia ada, keperluan mencukupi ; tanda bahagia.
kata saya.

Ada orang cukup dikelilingi orang yang tersayang buat dia ; rasa bahagia.
kata saya.

Ada orang dengan kemewahan sana sini ituuu baru ; makna bahagia.
kata saya.

Ada orang melibatkan diri dalam jenayah hasil dendam kesumat ; bahagia sementara.
kata saya.

Ada orang mahu jauh duduknya dari bandar yang selalu hiruk pikuk ; bahagia alam.
kata saya.

Semua diatas itu kata saya..
Saya ini tukang mentafsir situasi keliling saya. Rasa saya bahagia ke?
Aneh bukan. Takda kena mengena pun. Tapi ya. dengan melihat keadaan di sekeliling kita, kadang boleh rasa bahagia. Bahagia nya mereka itu bahagia bersama. sekeluarga bahagia. sekawan bahagia. pasangan bahagia.

Aku ni dok penghati bahagia orang, aku ni tak bahagia ye?
-terdetik 

Dalam hidup, 
buat la apa yang kau rasa bahagia.
orang sekeliling rasa bahagia
keluarga kau rasa bahagia
kawan-kawan rasa bahagia.
pasangan rasa bahagia
sungguhpun,
bahagia itu tak semestinya dimiliki kita tapi
dimiliki orang yang kita sayang.

Dalam bahagia,
ada terselit sengsara, dukacita, patah hati.
Itu lumrah. Roda kehidupan. Manakan sempurna kalau tiada campuran rasa dalam kehidupan.

Aku,
yang tampak bahagia, 
itu luaran.
Dalam aku belum pasti lagi.

Ditangan kau sendiri, kebahagiaan itu boleh dimiliki.

sudah lah berdendam
membenci sesama sendiri.
pilihan hidup banyak
luangkan masa selagi masih bernyawa
-airine

Saturday, November 18, 2017

Hari yang indah

November 18.
Keterjahan kami sekolompok pelajar ipts ke suatu pulau, menjadi dengan izinNya.
Keterujaan kami untuk bersiar bersama, telah tercoret memori yang boleh di kenang di hari tua.
Kesetiaan antara kami merancang hingga menjadi, itu suatu istimewa dan keajaiban.
______

Tiga tahun perkenalan, itu bukan suatu masa yang singkat. Banyak agenda yang berlaku. Terlalu sibuk perkara yang luar jangkaan menerpa. Sedikit demi sedikit, kita dapat membaca gerak geri individu itu bagaimana.

Kita semua berperang. Memahamkan konsep teori praktikal suatu kerja. Berbincang sesama sendiri. Dalam menuntut ilmu, itu ada jihad. Jihad nafsu dan roh kita sendiri. Kita yang menentukan tahap peringkat jihad kita ini di mana. Biasa-biasa atau sedikit luar biasa. Jihad perlukan semangat yang tegar untuk teruskan peperangan. Berjihad seorang diri itu mudah kerana tahu kekuatan dan kelemahan sendiri.
Tapi,
bagaimana jihad berkumpulan?
Masa itu, ketika itu.. roh memainkan peranannya. Baru tahu dan nampak tahap kekuatan diri ini melawan anasir-anasir jahat bagaimana. Kumpulan, kita perlukan kerjasama dan saling percaya-mempercayai. Perkara lain yang berkait rapat, kekuatan ahli kumpulan itu juga.

Berjihad lah kamu, selagi ada masa dan peluang. Sungguh dalam menelaah pelajaran ini bukan mudah. Iman pasang surut. Kejap berwawasan kejap tiada hala tujuan. Roh dan iman itu penolong kita untuk konsisten dijalan yang benar ketika berjihad.

Allahu, berikan kami kesempatan untuk terus berjihad dalam mencintai ilmu mu. Berusaha mempelajarinya tanpa rasa jemu dan beramal denganya. Amin ya rab
______

3 hari 2 malam.
berkelah kami di tepi pantai, menghirup udara yang nyaman. Subhanallah.
melihat kebesaran tuhan yang mencipta alam nan indah ini.
campur aduk perasaan demi hasilkan satu cerita.
hasil lautan dapat kami merasa dengan lidah yang tidak bertulang
ukhwah dapat dijalin kerana lillah taala.

Apa lagi yang kau mahu, jika disekelilingmu itu ada
teman
sahabat
permandangan indah
kesempatan berkasih sayang
ruang dan masa mempelajari suatu yang baharu
kesedaran tentang alam itu milik siapa.

.....
teman nak beghenti celoteh sampai disini saja.
kekeringan idea yang menarik untuk dikongsi bersama.
yang bertanya tak de tangkap momen momen menarik ka?
ha ada, cuma tak berkesempatan untuk kongsi ketika ini. Lain kali aje ye.

teman lebih seronok berceloteh dahulu..
hikhik. hobi. maafkan teman ye yop.

.....

Pada awan biru ku melakar kata-kata
pada langit cerah ku panah semua cerita
dengar lah mentari suara hati ku menyanyi
berterbangan jiwa merentasi pelangi
Cerita Hati- Hafiz Hamidun
......