Sunday, December 24, 2017

TIPU

Random speech from strangers to me

..
Kau tipu sebab kau takut
Kau tipu sebab kau terkilan
Kau tipu sebab kau tak nampak
Kau tipu sebab kau kejam
Kau tipu sebab buta
Kau tipu sebab kau sering menafikan
Kau tipu sebab kau tak kenalkan diri KAU!

..

Aku, tipu diri sendiri ke..
dengan apa yang aku rasa. Kenapa? Mengapa?
Tipu sebab konon kau tak rasa apa-apa.
Konon kau tak punya hati dan perasaan.

..

Sakit ..
kau akan rasa sakit bila kau sedar dan terlepas peluang yang ada depan mata.

..
Aku tak nak dunia aku ni ada benda yang tak adil. Dengan sapa aku berurusan, tak perlu takde yang adil. Tapi aku, cuma manusia, yang hanya pandai merancang dengan akal yang pendek. Perancangan aku yang aku rasa cukup baik dan sempurna. Tapi Dia Maha Mengetahui.
Sangat.

..
Tuhan,
diri ini milik mu. Kau Maha Mengetahui segala isi dalam dunia ini. Tiada satu pun yang terlindung dari pengetahuanMu. Aku, insan.. hambamu yang lemah, selemah lemah iman aku, aku kembali pada fitrah penciptaan, memohon bantuan dari mu. Tunjukkan aku jalan, jalan yang kau redhai. Jalan yang kau bimbingi, Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.

Aminn Ya Rabb

..
Tuhan,
Bantui aku, hambamu

Tuesday, December 05, 2017

Dewasa kini, kurang ajar atau tidak di ajar?

Persoalan di atas, adakah realiti hari ini?
---------
Salam Maulidur Rasul 1439 H. اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِ سيِّدنا محمَّد .
Sambutan diadakan tanda kasih dan sayang kita pada nabi. Tiada sambutan pun tiada masalah..
asalkan kita umatnya, ingat dan sentiasa mohon akan syafaat dari nabi kita, muhammad s.a.w
insya allah.
---------

Anak muda kini, sekarang... bagaimana dengan tingkah laku mereka?
Saya juga tergolong dalam 'anak muda zaman kini'. Tidak nafikan..
malah itu lah realiti yang harus saya hadapi.

Ada satu nsiden yang berlaku depan mata saya, buat saya trauma dan tertanya..
mana pergi hormat 'anak muda zaman kini' sesama manusia.

Banyakkan bergaul dengan orang yang lebih berpengelaman untuk tahu cara mereka. Selami dunia mereka. Cara mereka berfikir, berkata, berkongsi maklumat atau bertukar pendapat.

Kita, diri sendiri..
perlu tahu bagaimana hendak sesuaikan diri jika..
kita bergaul dengan seumur atau sebaya
kita bergaul dengan umur bawah dari zaman kita
kita bergaul dengan umur atas dari zaman kita

bahasa saya ni apa punya pelik.. haa paham kan? -tak paham comment ye dibawah-
Tidak mudah untuk kita 'blend' kan semua tu..
cara dan kaedah yang lain, bukan?

anak muda zaman kini,
kurang ajar atau tidak di ajar?

Dimana situasi di atas jalan...
Dimana situasi berurusan atas dasar kepentingan dua pihak
Dimana situasi di khalayak ramai
Dimana situasi ingin belajar
Dimana sitausi di alam universiti
Dimana situasi di alam pekerjaan
Dimana situasi keluarga
Dimana situasi di alam maya

Boleh nampak bukan, kita kini makin di tahap kerisaun dengan tatatertib, budi bahasa, budi bicara dan lain lain.

Anak muda,
perlihatkan diri mu, di tahap yang mana?
Jangan sampai orang lama melabel kita 'Melayu kini tiada nilai' atau 'Anak muda kini tiada apa'
Nilai yang di sanjung tinggi iaitu : ADAB
Akhlak kita.

Saya, 
kurang dengan mereka yang tiada adab dalam apa jua perihal. Allahu rabbi
jika saya ditemukan dengan mereka ni..
memang doa banyak" saya di beri kekuatan untuk kekal perlihatkan pada mereka nilai yang baik
Kita boleh jadi kurang ajar bila bertemu dengan orang yang tiada nilai, bukan?

Itu saya. Kita boleh hilang sabar dengan mereka yang tiada nilai baik ni.
Dimana pun anda berada, dikecil sudut hati.. masih menginginkan kebaikan itu bersama..

Anak muda, marilah kita intai" nilai tinggi pesuruh Allah, Rasul kita; Muhammad bin Abdullah
Lahirnya baginda untuk dijadikan panduan kita untuk hidup di dunia,

Akhlak nabi yang anda tahu apa?
Sudi" laa berkongsi dengan saya.. kita tukar sama tukar.. 1 seorang jadi lah.

Izinkan salah satu sunnah atau akhlak nabi
"Tidak mencela makanan"

Tak sedap? Tak kene tekak?
Tak perlu mencela makanan..
Malah bersyukur di rezekikan makanan.
Jika sedap, tambah la tanda hargai 
jika tidak, cukup habiskan apa yang telah dihidangkan.
*betulkan saya jika saya salah ye

---------
Secara am nya..
kita semua telah di ajar segala tatatertib. Adab. Budi bicara. Budi bahasa.

Cuma, kita kurang mempratikkan. Anak muda, kita harapan bangsa dan agama. Kekuatan sesuatu itu ada pada anak muda. Mahalkan dirimu kerana nilai. Tinggi kan nilai mu agar mereka sedar. 

Nun disana cita cita kita
ya akhirat namanya
di dunia ini bukan tempat tinggal
di sini hanya sebentar tidak kekal
-Nun di sana; Rabbani