Wednesday, March 21, 2018

Membabi buta

Salam sore. Selamat petang.
Salam bulan rejab. 3 rejab 1439 H.

Random topik. Random thought. Random punya bahasa.

Kisah uda dan dara yang ada sifat membabi buta.
Si dara.
Keinginan untuk berkasih tapi tak nampak masa depan, akur dengan hawa nafsu. Berkasih sayang la si dara itu. Dia seakan tiada hala dan tujuan. Seperti mahu keinginannya tercapai.

Si uda.
Punya semangat yang jitu. Tak pernah goyah di luar tapi tidak dalaman. Bermatlamat hidupnya. Sudah jumpa si dara pilihan. Seakan mahu apa yang di tuju dalam hidup dia itu terlaksana.

Dan mereka membabi buta tanpa berkomunikasi yang sebaiknya.
Membabi buta meluahkan rasa. Membabi buta membiarkan rasa yang patut di ambil kira.

Jangan engko membabi buta dalam apa jua yang dilakukan. Selidik. Ambil peduli. Ambil kira.

Jauhkan diri kau dari pentingkan diri sendiri dan hidung tinggi. tak kemana uda dan dara.

Kalau kau kata kau ada asas pada sesuatu, pelihara dan lahirkan pada kelakuan. Bukan reti mengiya membabi buta sahaja.
Angguk geleng, budak kecil bau syurga pun reti lakukan.
oke?

Agama, asas hidup manusia

Wednesday, March 07, 2018

Mac ; Pengalaman di Temuduga

Assalamualaikum. Selamat pagi dunia. Dunia yang semakin tua dan mereput seusia dengan ciptaan yang berada di dunia ini.

Terinspirasi pulak kita nak share dengan awak semua, pengalaman di temuduga.
Temuduga. Bertemu tentangan dua mata dan di duga dengan pelbagai soalan. Yes.

Cuak? Gementar? Itu biasa.
Jangan tak ada rasa apa-apa sudah lah. Power korang kalau tak rasa apa-apa.

Pengalaman pertama, di syarikat bumiputra.
Sampai di tempat untuk ditemuduga, awal 5 MINIT je bruh. Lepas tu, pena pulak. Tiada pena. LUPA
LUPA ini boleh jadi gaduh tau. Sampai sana, diberi borang untuk isi. Macam-macam soalan. Yang terlebih yakin jawab ada, yang tak berapa nak pasti jawab macam mana pun hado.

Lepas isi borang, tunggu giliran. Kita orang yang ke 2 terakhir. Calon temuduga ada lebih kurang 11 calon. Waktu berjalan begitu pantas tapi lambat. Dengan perut buat hal; gementar punya pasal. Kita menguap dah berapa kali.

Disini, satu peringatan. Ada waktu lapang? Giliran anda lambat lagi? Tak tahu nak buat apa selain tengok keadaaan sekeliling..
Buka website syarikat. Teliti, hadam dan faham. Mudah tapi payah. Sebab payah nya anak melayu untuk mengambilnya sebagai suatu perkara yang penting.

Orang kata, sebelum nak memikat kaji dulu luar dalam perangai atau sifat sesuatu. Macam mana penemu duga tu nak terpikat kalau kita tak ada tunjuk minat dekat syarikat dia.

Waktu menghampiri masa untuk rehat di tengahhari. Nama di panggil. Masuk.
Sudah ku bertemu dan kini saat untuk di duga.

Dugaan yang tak disangka, kena baca doa Qunut. Okey. Makanan kita; Mujur.
Dia duga kita dengan soalan seolah kita nak MINTA KERJA.
Wow! Budak yang pemikiran dia dah set nak minta tempat 'praktikal' tak terkejut kena duga soalan macam tu.

Kita jawab, mana yang mampu. Banyaknya taram. haha sebab keyakinan takda wo masa tu. Duga Duga dan Duga.

Dah settle semua, ayat terakhir sebelum arina langkah keluar, "Kami ucapkan selamat maju jaya. kami akan maklumkan jawapan temuduga lagi 2 minggu dari sekarang. Mohon maaf jika anda tidak terpilih."

Ayat penunjuk sudah tiba. KIta waktu tu iya kan aja dan berterima kasih. Tak tangkap lagi ayat pembayang dari penemuduga tu.

Langkah keluar,
*fuh legaanya. Lapaaar
"Dik, minta isi borang ini sekejap ye"
*Borang apa pulak?
"Nanti dah siap, hantar semula ya"
"Baik Puan"

Borang apa rasa-rasa korang? Ini pun tak terpikir dek pikiran seorang budak yang nak cari tempat praktikal.
........... ............. ..............
Borang kaji selidik tatacara seseorang. HOHO dan arina sorang pulak tu yang dapat.
Isi dan terus mengisi. Siap, Hantar dan Balik.

Sepanjang ditemuduga tu, Encik tu memberi saya merasai pelbagai perasaan.
Takut, gembira, berhati-hati dan lain-lain

Saya hargai pertemuan itu. Tiap saat yang dilaburkan bersama mendapat pengalaman yang tiada terkata.


JOM BELAJAR DARI PENGALAMAN
=Datang awal 30 minit
=Bawa pen dan dokumen yang selengkapnya
=Teliti semua perkara tentang syarikat. Isi dalam isi luar semuanya.
=Be prepared. Tentang diri awak. Ambil tahu kelebihan awak dulu
=Tak berjaya yang pertama? Tak mengapa. Hargai pengalaman yang pertama.
=Semoga berjaya!


Borang kaji selidik tu kenapa ye arina yang terpilih? banyak tau. dalam 72 soalan.
Sungguh, yang pertama itu ngeri tapi bermakna.

sekian.