Salam sore. Selamat petang.
Salam bulan rejab. 3 rejab 1439 H.
Random topik. Random thought. Random punya bahasa.
Kisah uda dan dara yang ada sifat membabi buta.
Si dara.
Keinginan untuk berkasih tapi tak nampak masa depan, akur dengan hawa nafsu. Berkasih sayang la si dara itu. Dia seakan tiada hala dan tujuan. Seperti mahu keinginannya tercapai.
Si uda.
Punya semangat yang jitu. Tak pernah goyah di luar tapi tidak dalaman. Bermatlamat hidupnya. Sudah jumpa si dara pilihan. Seakan mahu apa yang di tuju dalam hidup dia itu terlaksana.
Dan mereka membabi buta tanpa berkomunikasi yang sebaiknya.
Membabi buta meluahkan rasa. Membabi buta membiarkan rasa yang patut di ambil kira.
Jangan engko membabi buta dalam apa jua yang dilakukan. Selidik. Ambil peduli. Ambil kira.
Jauhkan diri kau dari pentingkan diri sendiri dan hidung tinggi. tak kemana uda dan dara.
Kalau kau kata kau ada asas pada sesuatu, pelihara dan lahirkan pada kelakuan. Bukan reti mengiya membabi buta sahaja.
Angguk geleng, budak kecil bau syurga pun reti lakukan.
oke?
Agama, asas hidup manusia
No comments:
Post a Comment