Kelmarin, 20 April.
Belated birthday Rasul kekasih Allah. Ikut kalendar masihi.
Semalam 21 April.
Tengok Gema Gegar Vaganza. Hampir semua para peserta diberi tugas untuk menyampaikan lagu bertemakan kekasih Allah . Allahu akbar.
Hingga ke harini umat Nabi Muhammad masih setia mengingati tarikh dan peristiwa penting berkaitan sejarah baginda.
Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad!
Hari ini 22 April.
Baru ada feel nak menaip. April dah nak menuju ke akhir bulan.
Kini 6 syaaban 1439 H. Kurang dari sebulan kita akan ditemukan bulan ramadan ; bulan mendidik jiwa mentarbiahkan taqwa
Beberapa hari lepas, termain semula audio sorakan wakil kptm bp untuk acara penutupan Suptem kali ke-7 2017. Penutupan majlis tersebut dilakukan beberapa hari sebelum ramadan. Akhir sorakan kami tu ada bagi hint tentang ramadan. Dengar latihan sorakan yang di rakam, tersenyum sorang". Rindu.
Wakil tu semua dari mantan mpp 2016/2017. Masih bersatu hati kami ini rupanya. Masih bersemangat dan jitu padu sorakan dari kami. Kerna dari itu, sorakan kami dimenangi termpat PERTAMA!
Mahu tak gembira!
Gembira juga pada pihak yang telah memberi kepercayaan sepenuh buat kami untuk jadi wakil sorak kptm batu pahat.
Momen momen yang menarik untuk dikenang semula dan dirindui selamanya.
Untuk tarikh yang akan datang dalam bulan yang sama,
akan ada kejutan buat si dia. Sedikit usaha untuk menghargai kedatangan dia dalam persinggahan kita di tempat orang. Besar hati kita untuk hargai dia.
Menghitung juga kita membawa haluan masing" selepas tak berjaya menggunakan kuasa komunikasi sepenuhnya. Kerugian. Kesedihan. Kekecewaan. Kehampaan. Kerinduan dan Pengajaran. Kekuatan baru ada untuk aku menaip semula.
Sebelum ni dah siap menaip, mampu simpan di 'Draft' saja. Selangkah demi selangkah aku bergerak meneruskan hidup. Aku mencari jawapan pada soalan yang telah lama bermain dalam kotak imaginasi aku.
Kalau kau baca 'Entry' kali ni, maafkan aku sebab tak sempat huraikan kenapa aku selit pesanan 'Jangan Tinggal Solat' or 'Jaga Solat'.
Sebab ianya tiang. Tiang pada kehidupan kau. Kalau kau tak pacak sesuatu untuk kehidupan kau, macam mana nak utuh pembinaan hidup tu kan?
Sebab tak de tiang la hidup boleh kelaut. Boleh runtuh. Boleh musnah. Lepas tu ade kecenderungan untuk terdetik mengapa, kenapa dan sebagainya.
Jawapannya mudah, asas pada pembinaan kau lupa nak buat. Tak usah kan utuh, proses pembinaan pun kau takkan nampak sebab takda asas.
Asas hidup, ratakan.. bangunkan.. adakan.. insyaAllah proses lepas tu kau akan nampak. Jaga la.
Dari asas baru boleh sentuh bab utuh, keuntungan, proses, pembiakan dan sebagainya. Asas sesuatu tu dah ada.
Manakan boleh berubah kalau asas pon dilepasnya pandang, tak gitu?
Aku tidak lengkap mahupun sempurna tapi aku tak mahu orang yang aku kenal tiada asas yang utuh dalam hidup dia. Itu saja.
Cukup untuk kali ini.
Hari dan masa berjalan, kita terus melangkah kehadapan.
No comments:
Post a Comment