Wednesday, June 13, 2018

Perit lelah 3 tahun, kini bertukar status


Ramadan kareem. Alhamdulillah Masih bernafas hingga ke harini.
berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum 'tetamu istimewa' kita ni beransur pergi.

Perit lelah 3 tahun yang dahulu di idam idamkan kini menjadi kenyataan. Aku pasang hasrat untuk berjaya memiliki segulung ijazah semasa hari konvokesyen abang sulung aku, 4 tahun yang lepas. Teringin nak berjubah, naik pentas terima satu penghargaan. Impian dan angan-angan tersebut sudah pun jadi nyata, syukur!

Status aku kini 'Graduate'. Menunggu hari bersejarah sahaja dalam akhir tahun ni, 2018. Betul lah orang kata, nak berjaya kena simpan angan-angan dan impian. Satu hari bila menjadi, rasa puas dulu-dulu pernah bermimpi.

Perjalanan aku belum habis. Sebab abang masih meneruskan perjuangannya hingga sarjana muda. Aku?
InsyaAllah ikut langkah berjaya beliau. Tengok dia 'struggle' untuk sarjana muda ni, betul-betul perlukan displin dan komitmen yang kuat. Baru 'real' perjalanan si sarjana muda. Takat diploma, apalah sangat.

Hidup aku sikit bercorak 'abstrak' kebelakangan lepas. Banyak yang aku mampu tengok dahulu perjalanan orang lain daripada aku bersama-sama dengan mereka. Tuhan, pengatur yang bijaksana. Aku bersyukur, sangat syukur. Aturan aku dia perkemaskan untuk aku rasa hidup yang bercorak 'abstrak' ni.

Perit. Tapi itu perisa kehidupan. Dalam 3 tahun aku berusaha, niat aku ; nak gembirakan mereka. Mereka yang digelar ibu dan ayah. Nak buat mereka menangis sebab gembira. Nak buat mereka sedih sebab kenangkan kejayaan aku. Dalam niat yang murni tu, syukur tuhan mudahkan. Tapi aku hambaNya. Tidak terlepas dari menguji diri sendiri dan tuhan.

Siapa aku sebagai hamba ingin menguji sesuatu yang lebih berhak, lebih berkuasa dari segala-segalanya. Kan dah dapat makan nya! Ralat aku sem akhir di daerah selatan . Ayah pun cakap yang sama. Sendiri buat sendiri tanggung. Tepat kan benda tu untuk aku?

Aku ralat sebab aku tak dapat nak buat mereka sedih, menangis lagi. berterusan mengenang kejayaan hasil usaha aku, berkata dari doa mereka berdua. Ibu ayah..
Maafkan anakanda. Itu kesilapan dari anakanda sendiri. Impian anakanda untuk memakaikan  'title' istimewa buat kalian tak tercapai. Tapi tak mustahil suatu hari nanti kalian akan merasa juga. Doakan aku!

Selesai sudah perjuangan 'adik' dari aku. Tahap kepayahan? Low. sebab tu 'adik' hehe.
Dapat tengok 'result' akhir semalam. Aku diamkan dari pengetahuan mereka. Malah diam untuk semua. Aku tak gembira. Sebab aku sendiri tak rasa seronok dengan 'result' akhir aku ni. Tengok lah, esok-esok anakanda ni kongsi kan berita gembira buat semua ye..

Sudah pagi ramadan 28. Masih ada peluang untuk tadah tangan mohon hajat. Semoga kita semua dikalangan orang-orang yang mensyukuri nikmat pemberian dariNya. Ameen.

'Btw', ibu dah tengok pon 'result' aku. Dia seronok (huhu). Ayah ' tak kongsi pon ehh dengan kita'. Sudah.. jangan ada hati yang terasa sudah. hm. Ibu dapat tahu tu pun sebab waktu kita 'check' 'result', kita pinjam fon dia. Ibu dok 'clear' kan notifikasi tiba-tiba nampak 'doc.pdf' ... tertekan dan terpapar tertengok tertahu. (alaaa kisah diaa, hahahah) Itu laa jalan kisahnya.

Mereka seronok, alhamdulillah. Aku, tengok balik cermin kata dalam hati. Nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan. Ibu ayah seronok bersyukur. Takda satu gambaran negatif dari mereka. Aku patut bersyukur sangat-sangat syukur dengan keputusan akhir ni. Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Maafkan aku kerana leka dari nikmat-Mu. Sungguh aku hamba yang sombong. Bersyukur lah atas nikmat yang diberi. Bukan kenang nasib yang lalu. Hadapi hidup realiti untuk terus maju.

Tulisan kali ni buat kenang-kenangan. Ada masa aku perlukan satu diari yang boleh aku baca semula. Jika ada kebaikan dari ini, ambillah buat bekalan kalian. Jika tidak anggaplah satu hiburan kecil dari aku.

Tuhan,
tiga tahun yang lalu
bukan mudah bagi
aku yang kosong bercorak.
Nikmat dariMu sungguh
aku bersyukur.


No comments: