Tuesday, August 09, 2016

Usahawan : Sambal Hijau Sodapp







Berminat untuk rasa dan mencuba?
Peminat sambal tapi tak tahu mana yang Sodapp?
Gila dengan sambal hijau?

Haa, saya Arina akan cuba menyelesaikan masalah anda semua.
Jom cuba try test Sambal Hijau Sodapp
1 botol RM12
1 botol RM12

Harga setanding dengan rasa,
Hanya dengan saya, boleh hubungi di talian
 012-3240780 (Kelana Jaya)
013-2478969 (Tabung Haji, Batu Pahat)


COD untuk Batu Pahat! Mai pakat beli warga Batu Pahat Johor!

Buatan bumiputra

Monday, August 08, 2016

BODOH BABI

Perkenalan kalian dengan Batu Pahat tak sampai satu semestar lagi. Berani dah menyoal itu ini tanpa hujah dan alasan yang kukuh. Soalan itu dari hawa nafsu yang tidak berpuas hati atau pertanyaan yang membingungkan otak sendiri?

Salam perkenalan dari saya.
Kata kesat benda yang biasa di'zaman' muda mudi sekarang. Tanpa segan silu, lepaskan peluru binasa tu macam tu je. 'Muda mudi' yang lain bole terima tapi orang dewasa yang bukan zaman kini bagaimana?

Nak kata tak chill? tak sporting? Menyibuk? Busybody? Jaga tepi kain orang? Kacau privacy?
Berani kata belakang hakikat sebenar ....
KeyboardWarrior makin ramai, tumbuh bagai cendawan. Begitu pantas dan cepat.

Jom kita usik bab RESPECT.
Hormat. Korang mendefinasikan hormat tu sendiri macam mana ye?
adakah dengan tengok pencapaian baru nak hormat?
Dia baik baru nak hormat?
Dia bermanis muka baru hormat?

Tepuk dada tanya akal yang semakin buas dewasa. Diterapkan nilai" murni sejak lahir, di tadika, ke sekolah dan sekarang korang di KOLEJ. Tahu kot nak describe RESPECT tu macam mana. Positive lah kalau ombak jahat pergi dekat korang.

Sedihnya kami, kalian lebih tengok orang bisu pada kalian.
Sedihnya kami tak dapat bantu kalian untuk menjadi lebih tenang
Sedihnya kami sebab gagal dalam perkara remeh temeh
Sedihnya kami kalian kerap persoalkan peraturan
Sedihnya kami, KORANG terlalu selesa.
Gembiranya saya sebab cerita dah nak abis.

So, adik" kakchik ucapkan sekali lagi, WELCOME to KPTM Batu Pahat.
p/s : senior singa LI. jelingan dorang lagi tajam dari yang ada sekarang. patut bersyukur.

The End

Wednesday, May 04, 2016

Kali terakhir ... ...





Baru tadi selak buku catatan dosa pahala.
Ciptaan aku sendiri. Cubaan untuk sentiasa beringat. Dikawal oleh manusia lain yang makan garam lebih dari aku.

Dalam setiap hari yang aku lalui, tak akan pernah tak ada pengajaran juga hikmah yang berlaku. Sedar atau Alpa!?

Warden merangkap kakak kepada semua, sentiasa mengingatkan kami tentang Dia. Tak lekang menyebut Allah dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Begitu hebat bagi aku pegangan dia terhadap Allah 'azza wajala.

 Kami berusaha merapatkan diri dan jiwa dengan menghafal suatu mutiara yang sangat berharga. Usaha dari warden itu sendiri buat aku kagum. Mengajar kepada kami susah dulu, di kemudian hari kami senang. Senang mengamalkannya. Bila susah pada usaha, kejayaan itu lebih dihargai. Tak akan sia-sia kan.

Agak cliche bila orang menahan air mata. Untuk apa dicipta kalau mahu bukti 'aku hebat'. Bukan tanda gugur air mata itu kau kalah, tapi kemenangan dalam hati itu lebih diutamakan.

Dia tahu apa yang kau perlukan. Kadang kala kita, MANUSIA bisa mempertikaikan kenapa, mengapa .. dan pelbagai persoalan kepada Dia, hanya semata satu perkara. Tidak kah kau sedar Dia memberi lebih dari apa yang kau perlukan.

Bila jiwa porak peranda, salahkan situasi. Sekeliling. Padahal, jiwa kau rosak dek kealpaan kau!.
Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu hambanya. Cuma dia tidak mahu nampakkan nikmat yang akan diberikan itu 'murah dan mudah'. Sebab bagi Dia, sungguh mudah bagiNya untuk memberi mu kebahagiaan.



Tapi akan Dia yang mahu diperlihatkan adalah : Air Mata .
Usaha dari kau, wahai hamba yang mulia. Ciptaan yang sempurna.

Tanya pada jiwa, kali terakhir air mata itu jatuh bila?
Kerna apa? Tujuan ke mana?
Adakah rugi atau bernilai?

Sungguh Dia rindu akan tangisan dari mu, wahai umat Nabi Muhammad s.a.w
Bangunlah ketika tiada sesiapa pun yang kelihatan, memohon apa saja yang dikehendaki. Dari Dia yang menciptakan segalanya, kembalikan lah semula keranaNya.

Kali terakhir kau mengucapkan syukur, Ya Allah ?


Buku itu terus disimpan buat kenangan. Ada rezeki, aku akan menyelak kembali .

Road to Ramadhan!