Wednesday, May 04, 2016
Kali terakhir ... ...
Baru tadi selak buku catatan dosa pahala.
Ciptaan aku sendiri. Cubaan untuk sentiasa beringat. Dikawal oleh manusia lain yang makan garam lebih dari aku.
Dalam setiap hari yang aku lalui, tak akan pernah tak ada pengajaran juga hikmah yang berlaku. Sedar atau Alpa!?
Warden merangkap kakak kepada semua, sentiasa mengingatkan kami tentang Dia. Tak lekang menyebut Allah dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Begitu hebat bagi aku pegangan dia terhadap Allah 'azza wajala.
Kami berusaha merapatkan diri dan jiwa dengan menghafal suatu mutiara yang sangat berharga. Usaha dari warden itu sendiri buat aku kagum. Mengajar kepada kami susah dulu, di kemudian hari kami senang. Senang mengamalkannya. Bila susah pada usaha, kejayaan itu lebih dihargai. Tak akan sia-sia kan.
Agak cliche bila orang menahan air mata. Untuk apa dicipta kalau mahu bukti 'aku hebat'. Bukan tanda gugur air mata itu kau kalah, tapi kemenangan dalam hati itu lebih diutamakan.
Dia tahu apa yang kau perlukan. Kadang kala kita, MANUSIA bisa mempertikaikan kenapa, mengapa .. dan pelbagai persoalan kepada Dia, hanya semata satu perkara. Tidak kah kau sedar Dia memberi lebih dari apa yang kau perlukan.
Bila jiwa porak peranda, salahkan situasi. Sekeliling. Padahal, jiwa kau rosak dek kealpaan kau!.
Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu hambanya. Cuma dia tidak mahu nampakkan nikmat yang akan diberikan itu 'murah dan mudah'. Sebab bagi Dia, sungguh mudah bagiNya untuk memberi mu kebahagiaan.
Tapi akan Dia yang mahu diperlihatkan adalah : Air Mata .
Usaha dari kau, wahai hamba yang mulia. Ciptaan yang sempurna.
Tanya pada jiwa, kali terakhir air mata itu jatuh bila?
Kerna apa? Tujuan ke mana?
Adakah rugi atau bernilai?
Sungguh Dia rindu akan tangisan dari mu, wahai umat Nabi Muhammad s.a.w
Bangunlah ketika tiada sesiapa pun yang kelihatan, memohon apa saja yang dikehendaki. Dari Dia yang menciptakan segalanya, kembalikan lah semula keranaNya.
Kali terakhir kau mengucapkan syukur, Ya Allah ?
Buku itu terus disimpan buat kenangan. Ada rezeki, aku akan menyelak kembali .
Road to Ramadhan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment