Monday, December 28, 2015

Bila pesanan itu kuat aku memegangnya ..






Malam.
Feel menaip datang, apalagi.. sambar terus lappy ayah sebelum isi kandungan lari membawa diri.

Cuti semestar makin berkurang. Umur makin meningkat. Tahun baru mula memberi petanda kehadirannya.

Banyak yang nak dikongsikan. Tapi... tunggu! Tak syiokk tahu semua sekali gus tanpa suspen, drama dan fantasi.

Bila cuti tak plan nak buat apa, jadi banyak kosong dari tetamu. Banyak tambah  pengalaman dari pengetahuan. Bukan tak ada, cuma kureng.

Adik, dah abis spm. Dia ambil lewat setahun dari umur SPM. Banyak yang berlaku antara kami adik-beradik juga menjadi peringatan buat masa hadapan. Jangan percaya dan letak harapan 100% pada orang luar.

Abang, semangat untuk berjaya sangat nampak. Perghhh, bila buka buku pasa adik beghadik ni mula lah nak leleh bagai. hekk!

Along, happy dengan family. Alhamdulillah. Aku turut menumpang rasa tu. Dengan anak buah yang anti aku. Macam syiokKkKkkkkk. Tapi mahu dia main dengan saya ..

Aku? Berjaya mengoyakkan senyuman kedua ibu bapa aku. Alhamdulillah. Berjaya menjelajah pasar malam di sentul. haha. rindu banget!

Yang pasar malam di Tapah, belum lagi. akan pergi. insya allah.

See,, back to my stories, Aku bole describe my siblings development. So cuti kali ni, its all about family.

Pasal mak ayah, tak mahu lagi aku kongsi. Kendian lah.

Apa kaitan cerita dengan title?

"Ada mak ayah? Khidmat pada mereka selagi mereka ada. Puas kan hati mereka dengan khidmat awak sebagai anak. Tak akan rugi dan tak akan PERNAH rugi berkhidmat pada mereka. Malah ganjaran menunggu disana" -mine tok guru.

p/s: rindu dah lepas pada tok guru. Thanks to my beloved .





Gambar dipetik dari en.Google.


Saturday, October 31, 2015

Kuat yang beerti

"Kuatkah aku saat nafsu digoda akhirnya aku tewas?
Kuatkan aku saat perintahNya datang aku hanya memandang tanpa rasa?
Kuatkah aku saat diberi hadiah dariNya aku menganggap satu bebanan hidup?"





Assalamualaikum
Dari jiwa ini ingin bertanya kepada jiwa kalian, 'Hati sihat?'
Nak tanya fizikal selalu sangat. Macam nak tahu je kondisi hati, yang mulanya jernih, apakah keadaannya sekarang?
Risau dibuatnya dek kemajuan dari setiap sudut. Jiwa yang dijaga juga lalang, apatah lagi yang hura hara? Kannn...,

Setiap satu minggu pada setiap bulan, akan ada pengisian rohani dari insan yang diberi ilham, negara seberang. Pengisiannya merujuk kepada kitab. Kitab Ayyuhal Walad, Kitab Bidayatul Hidayah dll.
Kalau kitab bidayatul hidayah, berkisahkan tentang adab, dan akan dikembang akan isinya oleh si fulan. Dari tak tahu akan wujudnya itu, menjadi teruja untuk tahu. Biasalah, bila nak sebok tuu memang rajin, dah tahu? Aduhaii! Pesan pada diri sendiri jugak, cuba amalkan ilmu yang ada supaya mendapat barakah dan rahmat ilmu yang dipelajarinya tu.

Satu masa tu, dikupaskan tentang solat. Satu bicaranya yang memukul hati yang penuh kelalaian ni,
"Bila awak solat, Dia yang mengizinkan. Itu maksudnya, Dia nak jumpa awak, nak dengar tangisan awak, permintaan dari awak. Alangkah hinanya bila Allah tidak mengizinkan kita untuk solat sebab tak nak jumpa kita. Sebab apa? Sebab dosa. Dosa yang dilakukan menjadi salah satu asbab, Dia tak ingin nak jumpa awak."

Sungguh saya cemburu pada siapa yang boleh menjaga lima waktu. Allahu. Astahgfirullah.
Pernah lalui? Tepuk dada, tanya iman.
Selalunya waktu subuh, bukan? Permulaan bagi setiap hari.
Kalau dipagi hari, dipermulaan hari Dia tak nak jumpa, macam mana yang lain? Macam mana?

Pesanan ini juga buat diri saya sendiri. Tak lari dari buat silap dan khilaf pada pencipta.
Jika permulaan gagal, jangan gagalkan yang lain. Terus bangkit dan berusaha.
Perbaiki diri untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Tidak rugi. Tidak akan pernah rugi.

Jom kuatkan diri dengan ilmu yang penuh didada. Ilmu yang dapat diamalkan. Ilmu yang dapat dikongsi bersama.

Setiap pendapat tiada istilah salah atau betul. Jika cerita yang dikongsi ada berkaitan penjejasan kefahaman akidah, mohon ditegur.







Jadilah kuat yang beerti.
Bagi saya, tahu akan tanggungjawab sebagai hamba kepada pencipta.
And you?

Tuesday, September 29, 2015

Naik pangkat 'DUA'

She turns eightTeen today ! :)
Happy birthday my dearest, syazana.
keep strong. Keep cool.
Tarikh : 29 September 2015 
Segala puji bagi Allah yang berhak keatas semua. Dah pun masuk 16 Zulhijjah. Bulan Zulhijjah ni bulan apa?
Banyak peristiwa dalam bulan islam ini seperti,
1.        Hari Arafah dimana jemaah hari yang menunaikan fardhu ain berkumpul di Mina melaksanakan rukun Haji disana bagi melengkapkannya.
2.         Hari Raya AidilAdha, terdapat satu peristiwa yang berlaku kepada Rasul Allah yakni nabi Ibrahim. Baginda telah mengorbankan anaknya utk di qurban setelah mendapat wahyu dari Allah. Hati siapa yang tidak sayu apabila itu lah satu-satunya zuriat yang ada setelah sekian lama menuggu perlu dikorbankan. Kuasa Allah ta'ala, Dia telah menggantikan anak nabi Ibrahim, nabi Ismail dengan binatang korban, biri-biri.

Banyak yang kita boleh pelajari dari peristiwa" dalam bulan islam ini. Apabila keteguhan iman itu telah mantap, percaya apa yang di wahyukan punyai hikmah.. Baginda tetap patuh dan melaksanakannya.

Semoga kita dapat memantapkan iman seperti Nabi" terdahulu, insya allah.

Dari mak. Sayang my mak's

Semalam, 28 September.
Dah naik pangkat. Pangkat?
Alhamdulillah, diizinkan untuk bernafas lagi dibumi ciptaanNya. Makin banyak angka, makin banyak tanggugjawab yang perlu laksanakan. Makin banyak urusan.
Terima kasih kepada semua sahabat yang telah meng'wish' . Ada yang unexpected!.
hahahaa..,, well bole dikatakan tahun ni tahun yang di kenakan sampai saya BLUR!!
adoiii!!,, berat nanang.
kepada family yang terchinnnnta, Terima kasih diatas kehadiran anda dlm hidup sya, ada bila perlu, hentam sesuka hati, komen tak tapis mulut dan sebagainya.
Siapa lagi yang buat benda kejam tapi ikhlas kalau bukan famili. Ciptaan dariNya yang sangat penyayang.

Ucapan diterbangkan dari mesir. Allahuakbar.!! walau mereka ada yang ditimpa musibah, masih sempat untuk hantar ucapan. i TERHARU !
kekekekekke...

Semoga Arina lebih terus tabah dalam mengharungi lopak lobang kehidupan ini. Lebih semangat untuk berjihad di jalan Allah. Ringan tulang untuk membantu mereka yang teraniaya.
Doakan saya semoga diberikan kesihatan yang baik untuk amal soleh dan dibuka pintu rezeki yang halal tanpa henti.
Saya suka buat orang gelak ; Happykan dorang.
Saya juga sukaaa buat orang menangis meraung dengan ; KEJAYAAN saya.

Doakan saya, supaya diberi ilham juga jalan untuk merealisasikan impian parents dengan membuat satu projek. Besar hati saya kerana idea asal dari ibonda yang terchennnta!

Diam bila perlu, bercakap bila penting.
Dah nak diam sebab kalau teruskan makin melalut..
So nak cuci sikit mata korang yang ada ...... dengan gmbor yang direkodkan..
(bahasa hancur!) (hahahahahahah)


Terima kasih daun keladi, tahun depan buat yang BEST lagi.
sayang kalian kerana Allah ta'ala. Keep support our religion!

SR present from my lil sis, dayah n biha! thanks also to ecah !! :)

Classmate. Thank you guys! :D
p/s: dorang adik yg paling cool and kreatif!...
hahahahah.hahahahah.hahahahah.