Friday, December 16, 2016

Ni haa Nak cakap

Hello December. Ahlan Ya RabiulAwal.
16 RabiulAwal 1438 H
16 Disember 2016
Jumaat

Tak banyak nak mengomel. Tapi adalah isinya.
Lebih kepada pesanan kepada diri sendiri.
Nak cerita tak tahu bila, laratkan juga untuk menekan abjad dan konsonan ni.

Cuti tinggal 15 hari tambah tolak. Nak fikir apa yang faedah dalam cuti ; lebih banyak menidurkan diri sendiri. Manjakan betul diri dengan katil ye. Tak renggang wey!

Dalam bulan ni je ; 3 berita kematian. Dari kalangan kawan, keluarga dan masyarakat setempat.
Usia mereka yang telah dijemput? Tak kira muda atau tua ... kalau sudah waktu dia, Dia akan menjemputmu kembali. Sedar" laa kita ni hanya pengembara. Kira menumpang jee dekat tempat orang ni.

Soal hati..
Suka seseorang ; Ada.
Dah terus terang ; Tak
Bagi hint ; Ada
Kenapa diam ; Belum tiba waktu nya

Tak sakit ke diam dan pendam. Lagi sakit Dia yang ciptakan kita tapi tak minta restu Dia kan? Sebab aku tengah perbaiki diri. Dulu buat jugak laa senarai lelaki idaman. Siapa tiada. Lelaki pon pernah terdetik kan nak bagaimana?..

Tapi pernah terbaca satu quote ni : Dia beri apa yang kau perlu, bukan apa yang kau mahu
So, dari situ baru tersedar, sangat impikan kemahuan, sedangkan tak tahu pun kemahuan itu boleh tak terima kurang lebih kita. Kan?

Basic kemahuan dari seorang perempuan, mesti dia nak/impikan seorang lelaki yang tahu asas agama, dari segi solat, pengetahuan am tentang agama, Hukum hakam. Halal haram. Kenal tak pencipta? (kemain tegas diknonnn!!)

Tegas before duduk serumah.. apa salahnya. Entah mengapa, bagi saya bacaan Al-Fatihah itu sangat saya tekan kn juga penting. Titik tolak permulaan. If Al-Fatihah awak tidak sempurna, bagaimana dengan solat? Solat tidak diterima, bagaimana pulak dengan kehidupan. Kehidupan tidak berlandaskan syariat, apa isu halal haram diambil kesah atau tidak.

Doa. Doa. Doa. itu aja modal yang saya ada. Siapa yang Dia tentukan jodoh buat saya, saya kena siap sedia, Belajar redha. Jodoh tu pun satu bentuk rezeki. Ingat!, Dia berhak beri sebarang bentuk rezeki buat hambanya.

Rasa bahagia ; rezeki jugak.

Oh ya, never touched someone heart if you are never to meant together. Hadam!!
Adik", ketahuilah dalam kau sedang mencuba sesuatu yang menyeronokkan dalam usia muda mu, jauh disudut nilai agama kau ketinggalan. Musuh riang gelak ketawa dengan 'percubaan' mu itu. Berani sangat, terus jumpa mak ayah. Bukan dengan ada kan hubungan.

Mungkin tegur secara depan bagai menghalang dua sejoli ingin berpacaran tapi, itu lah hakikatnya!
Benda lain minta support, wa tadehal. Tapi bab ni.... macam bersubahat. Fuhhhh, dia punya hangat nak menghalang, hangat lagi api neraka yang mengelegak!

Cukup aku berceloteh. Cukup aku beri pesan.
Jangan mencari aku. Menarik aku ke lembah kehinaan.

Kahfi, baca!
Selawat...
Mandi niatkan sunat jumaat.

Mohon berkat hidup dan ilmu yang diberi.

Tuesday, November 29, 2016

Kenali diri sendiri

Akhir November. Berhasrat untuk jenguk buku. Berhabuk.
Terdetik banyak benda. Nak luah pelbagai rasa. Aku dahulu yang Esa.

Apa khabar dirimu di sana? Aku disini makin kecundang dengan nafsu sendiri.
Dlu pernah berjanji bersaksi yang Maha Esa, setia padaNya...

Aku kini perlu bangkit, mohon beri hati yang baru. Yang lama berkarat.
Tak dicuci. Kemasalan melanda. Kerap sangat malas tu menempek.

Nak lari tak berdaya. Diri tak sekuat dahulu kala. Bekalan yang ada makin berkurangan.
Entah bila nak isi semula.

Bermain dan berurusan dengan sejenis itu rumit. Kerna aku juga dijadikan seperti mereka.
Rumit bagi mereka yang tiada Kau dalam hati.

Aku suka mengungkit pemberian dulu, yang ada depan mata?
Mereka juga pemberian tapi aku perlu tapis. Bukan menerima seadanya

Lain kan kalau kau niat kerana Dia di awal temu..
Kerana akhirnya manis dirasa.

Atau aku sendiri yang bermasalah. Ketepikan selalu Kau, Yang Pemberi Rezeki.
Jom lah bermuhasabah. Kita kenang kembali saat susah dan senang kita dimana.
Siapa kita seru pada mulanya.

Kenal diri sendiri ye?


Wednesday, August 31, 2016

Salam Kemerdekaan 59

Apa erti bunga tanpa tuan?

Apa erti prihatin tanpa kasih sayang?

Apa erti merdeka tanpa penghayatan.

Salam Kebangsaan kali ke-59. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua warganegara Malaysia. Merdeka kan jiwa dan akal anda dari penjajah.
Sudah tiba kita semua memerdekakan diri untuk lebih berjaya kehadapan. Penjajah telah menjajah hati, jiwa & akal kita semua. Rugi!

Rugi, jika kita masih mengikut dan setia dibawah jajahan mereka.
Rugi, jika tidak menghasilkan kejayaan diri sendiri.

Merdeka kah aku?
Masih belum. masih terikut dengan orang sekeliling, Apa kau tiada erti 'kemerdekaan' buat diri sendiri? Jiwa dan akal masih menjadi milik penjajah ...

Merdeka lah demi sebuah kebahagian. Demi sebuah kejayaan. Demi masa depan.