Tuesday, July 24, 2012

Dimananya nilai kemanusiaan . . . .



Assalamualaikum!
erm.. tetiba pula malam ni nak menaip, mujur ada benda yang saya ingin meluahkan. Tajuk diatas tuu.., seakan-akan berat jugak. Kan? tapi tak mengapa, bukan saya ingin membincangkan tetapi ingin meluahkan apa yang saya rasa, dengar, melihat dan meneliti.
Sungguh!
Nilai kemanusiaan pada era zaman sekarang ini sedikit demi sedikit mula hancur..
(aku mohon taubat padaMu)...

Baru-baru ini ada kejadian, saya melihat dan mendengar apa yang dibualkan oleh sekumpulan remaja.


=situasi didalam kenderaan awam=
(nama yang dipaparkan adalah rekaan)


"Wey, korang tengok sana!" kata Siti sambil menuding jarinya kearah luar tingkap.
"Astagfirrullah, kesiannya pakcik tuu" Emy mencelah. Tanpa disedari salah seorang dari rakan mereka berkata "Hek elehhh.., orang tua je pun!! ". Siti dan Emy amat terkejut dengan reaksi kawannya itu. "Wey, tak baik ahh...!". Kawan Siti dan Emy  pun terus terdiam. Mungkin dia malu atau rasa bersalah. Mungkin!




(Kumohon keampunan padaMu). Saya amat terkejut dengan tindakan remaja itu. Mungkin tiada niat untuk sidia mengeji sebaliknya hanya ingin bergurau. Tiada salahnya ingin bergurau, tetapi kita perlu sedar gurauan yang kita bawakan itu tidak menjejas imej
diri sendiri. Dari kisah yang saya ceritakan itu, sungguh jelas nilai kemanusiaan pada zaman sekarang sudah mula hancur...!!


Tiada rasa belas kasihan, memandang remeh, berfikiran negatif  DLL....
Apabila kita bersikap sedemikian rupa, secara automatiknya tanpa disedari orang lain mudah untuk bersikap sedemikian rupa pada kita. Kan rugi tu!~!..


Mudah-mudahan saya dan kalian semua akan cuba memperbaiki diri masing-masing untuk tidak bersikap negatif, INSYA ALLAH.!


Do the best, do your very best!..
chaiyok!
takbir x3!!..


night all <3

Monday, July 23, 2012

ramadhan kareem..

assalamualaikum. and hey guys!.
subhanaallah, dah 3 hari `kita-kita` ini berpuasa. Alhamdulillah. segala nikmat dan rezeki patut sungguh kita bersyukur. dan bersyukur juga kerna masih dapat berpuasa ditahun ini. Dan anggaplah ia sebagai puasa yang terakhir . tahun depan tidak tahu lagi, masih dapat ataupun tidak.?
erm..
oke.
firstday puasa, sambut di JB. waaA~~!! sungguh seronok hati ini. Dapat sambut dengan my aunty, cousin, dan the hole family. teruja sangat sebab dah lama tak balik kg. , kalau dapat balik pun `setahun hanya sekali` ( lagu raya) .. time raya ja lah~!!
tapi tahun ini, Allah mengIZINkan sambut first puasa dekat JB!, Alhamdulillah.

Rezeki time puasa cukup luas. Dan jangan sesekali kita alpa dengan rezeki yang ada. Senantiasalah bersyukur dan ucapkan tahmid apabila mendapat suatu kebaikan. Tidak rugi kita bersyukur pada yang Maha Esa, malah Dia akan menambahkan lagi rezeki kepada orang yang `Tahu Bersyukur`.

Dan jangan lupa apabila rezeki kita ada, sedekahlah ia kepada golongan yang amat memerlukan. "Rugi lah macam tuuuh.." !!..
EH!~
tidak rugi.. malah ia AMAT menguntung kita. Bukan didunia tapi diakhirat! Dan menjadi bekalan kita diSana nanti..
okelah cukup saja disini..
mudah-mudahan entry kali ada sedikit ilmu yang boleh diperolehi., InsyaAllah.!

kepada umat islam seluruhnya, `SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM..`
semoga dibulan yang mulia ini sama-sama kita berlumba-lumba membuat kebaikan dan menghindarkan kejahatan., insya allah..


Al-baqarah:148


oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan...



wassalam~..

Monday, July 02, 2012

akhirnya~!!!!

Assalamualaikum and good morning!!
waa~ cerianya saya pagi yang indah ini.. walaupun hati tengah terasa berat..
berat??
iyalah, sebab hari ini jasad saya akan dipulangkan kembali dirumah yang kedua..
mintak-mintak kejap lagi hati ini akan beroperasi tanpa gangguan, insya Allah.!

oke! stop talking about `that`...
teruja hari ini kerana mau storie morie sikit tentang Pesta Buku Selangor..
oke....
alhamdulillah, hajat nak pergi ditunaikan..
semua ade kecuali abg ngah, yang berada dipenang..

10:05 a.m


bila sudah sampai dipekarangannya.., waaaa~!!
rambang sangat mata ini.., kalau bawak geng-geng yang `ulat buku` confirm melet0p!!
tapi buat pengetahuan korang, saya ini bukan lah kaki buku or novel sangat!..
pergi ke Pesta Buku pun, nak cari buku motivasi. Adalah jugak buku yang dapat dibawa nanti kekediaman saya yang kedua ( oh~!!!)

mata ini teruslah melilau ditempat buku yang hendak diborong. Alamak!.." long, tak buka lagi lah. Dah pukul brapa dah ini. Aiseh knp pula terbitan ini lambat buka?"
"Hah!, ina mana tempatnya?" ibu menyoal. Terkaku sudah seketika.
"Erm..., tak buka lagi lah ibu". spontan sungguh saya menjawab.

Lepas itu kiteorang pergilah melilau ditempat lain sementara tunggu terbitan buku itu dibuka. .. Pusing punya pusing, mata ini tetap tgk diterbitan itu, ' aik? lambatnya buka' getus hati ini..
Dah macam buat tawaf.! HAHAHA..

10:35 am


"long, jom! dah buka dah", menarik tgn akq sambil bibir dimulut menyebut tahmid. Sampai sudah!.. Tangan spontan menganbil buka yang lama di Idamkn.., alhamdulillah.. dah habis sesi pilih memilih, Pay time!
Ofcourse orang yang beria-beria nak beli buku ini tak ada duitlah kan, so bank ketiga dalam keluarga ialah akq ku.. "RM **.50." ..,
Dah abis bayar terus melulu lah diluar dewannya.....

Dah masuk dalam kereta. waahh excited sungguh lah saya..
terus amik gmbr.. sayang sgt lah buku kali ini.. hehehe..
tapi kaq long saya sudah pon merasmikn buku itu tanpa dipinta..
hahahah.. it`s ok..:)

oke. the end!


mau tgk pic? erm..?? ?? ? ?? ? /? ? ? ? ? .. oke lah!.






oke.., salam sayang dari saya <3:)