Saturday, April 09, 2016

Sebulan untuk dihargai

Salam REJAB. Sudah berlalu bulan sebelumnya ; JAMADILAKHIR.


اللهم بارِكْ لنا في رجب وشعبان وبلِّغْنا رمضان
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab & Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan
ameen
Tinggal sebulan untuk aku berusaha demi mereka. Mereka yang banyak berkorban tenaga, masa mahupun wang. Mereka yang tidak lelah memberi semangat dalam emosi mereka tidak stabil. Mereka yang menanggung rindu akan tetapi tahu dan memahami tanggungjawab dan kepercayaan yang telah diberikan kepada waris keluarganya. Mereka yang berpegang teguh pada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., memanjatkan doa dimalam hari demi kekuatan untuk keluarga yang dicintainya. Mereka yang aku rindui untuk meluahkan rasa dalam pelukan yang erat, memohon seribu kemaafan kerna telah mencalarkan kepercayaan yang diberi dan aku ingin melihat mereka tersenyum lagi demi kejayaan dari ku buat mereka.

Tinggal sebulan untuk aku menelaah semula pembelajaran yang aku ketinggalan dek kesibukan pada komitmen yang lain. Sebulan untuk aku bangkit dari kelesuan untuk berjihad. Sebulan untuk aku gigih usaha mencapai kejayaan. Sebulan untuk aku bermuhasabah semula diri ini. Sebulan yang tinggal hanya beberapa jam lagi. Dalam sebulan itu, pelbagai acara harus didatangi bagi melaksanakan tanggungjawab. Dalam sebulan itu, boleh berlaku sebarang kemungkinan. Kemungkinan yang pasti tidak diendah saat kau bahagia ; MATI. Dalam sebulan, boleh berlaku apa sahaja jika diizinkan olehNya.

Sebulan,
suatu tempoh yang aku ada. Diberi olehnya untuk mengisi tanpa kekosongan.
Sudahkah kau melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya?
Anak kepada kedua ibubapa mu? Mahasiswa? Khalifah dimuka bumi ini?

Tanya pada hati, apa yang terisi. Tanya pada Ilahi, masihkan punya simpati . . . . .

Jauhkan aku dari fitnah WANITA, DUNYYA dan dajjal al-masih.
Jauhkan aku dari sikap membohong demi keselesaan dimuka bumi.
Jauhkan aku dari kematian yang menyiksakan.
Jauhkan aku dari hilang rasa takut padaMu.

Allahumma sholli ala' sayyidina Muhammad wa' ala alihi wasohbihi wassalim

Sebahagian ulama' menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk memperbanyakkan istighfar, manakala Sya'ban ialah bulan memperbanyakkan salawat ke atas Nabi ﷺ dan Ramadhan pula ialah bulan memperbanyakkan al Quran


No comments: