Monday, January 23, 2017

Sendiri tanggung


Bulan satu. Minggu kedua sesi pembelajaran di Batu Pahat.
Minggu ketiga akan menjelma tugasan. Dari mencari kerja akan mengelak dan bertangguh menyiapkan kerja ..

Dua tiga menjak ni, kisah sekeliling berkisahkan percintaan. Diambang kematangan biasalah. Mencari dan terus mencari. Meraih dan terus meraih. Menerima kerana rupa atau sebaliknya.

Jangan ditanya kisah mereka yang gagal. Bukan gagal tapi belum ketemu yang sepadan.
Jangan di usik yang berpunya, amaran mama menanti si dia.

Eh eh?
Kot yang membaca terasa, maafkan saya. Kisah dalam cerita saya ni ambil dari awak awak juga. Yelah. Orang sekeliling saya.

Saya?
Macam mana kisah saya pulak. hahaha.
Berani tolak berani tanggung. Berani mencuba berani beraksi. Fokus utama ke Batu Pahat untuk menuntut ilmu. Kalau direzekikan untuk bertemu yang sesuai, jangan ditolak malah di jauhkan, kelak binasa akan datang.

Mak Long asal berjumpa ditanya kita, "Dah jumpa yang sepadan?" "Jangan berdiam diri saja, tak mengapa, kawan-kawan dulu"

Mak Long, anak buah mak long dah besar rupanya. Dulu nak buka kisah pasal jantan depan mak long, memang menempah MAUT la gamaknya. Sekarang?
Fitrah manusia. Suka disayangi dan menyayangi.

Saya, belajar menerima bukan menempah. Belajar terbuka dari fokus yang tertutup.

*Bahasa tak faham kan.? sengaja bagi tak faham. kisah saya. bahasa saya. Kali ni je bagi pening-pening sikit.

Mak, mak ayah punya hasrat. Tinggi hasrat mereka. Mereka juga manusia. Mengidam sesuatu yang beralaskan fantasi dan indah rupanya. Saya mengerti. Saya cuba. Jika itu yang terbaik, Ya Allah, mudahkan lah.

Bukan menolak yang mencuba tapi, .. umur saya. Saya juga ada cita-cita.
Tak mahu saya jalinkan perhubungan jika tak berakhir pada akad. Buang masa. Lagipun, mimpi ngeri kot nak lalui semua tu.

Itu saya dan cita-cita. Siapa tahu dalam saya dan cita-cita, Dia mencorakkan satu kisah yang berlainan tapi punya matlamat yang sama. Kerana itu, apa-apa pun, sendiri tanggung.

beres.
badan tak sihat. tapi mahu luahkan.
kerana sudah mulai letakkan nama dalam doa.

rehat ;) :)

No comments: