Monday, September 18, 2017
Minggu yang berbaki
Salam 26 Zulhijjah 1438 H.
Coretan ringkas di petang hari. Sambil disapa angin yang sepoi dan cuaca yang baik. Cukup baik hari ini. Minggu ke sepuluh sesi pembelajaran Julai 2017. Baki tinggal 4 minggu.
Tak banyak masa untuk aku leka dan melayan nafsu.
Kerja
Makin menimbun. Makin sesakkan kepala otak. Penjagaan diri akan terabai sikit. Masa untuk rehat makin berkurang. Dalam masa yang sama, kesihatan diri perlu di ambil berat.
Kini,
Masa untuk lebih berkomunikasi. Dengan kawan dan pensyarah. Jangan terlepas info. Jangan terlepas tunjuk progres. Penting itu semua. Menolong untuk melancarkan sesuatu kerja.
Rancang,
perlu rancang kerja. Mana yang dahulukan. Mana yang tidak. Mana yang kemahuan, mana yang kepentingan. Benda utama perlu la didahulukan.
Pensyarah,
Berterima kasih jika mereka ambil berat dan kesah pasal kau. syukur mereka masih mempunyai rasa ingin menolong bangsa sendiri. Akui, generasi sekarang lemau, lembap dan malas. Macam aku. Hee
5
sem akhir aku berada di batu pahat. Merantau jauh untuk cari pengalaman. Banyak benda aku belajar. Tak pernah serik untuk merantau. Dari dulu, kehidupan merantau ni sudah alah bisa tegal biasa. Bagai menjadi pilihan pertama untuk teruskan hidup.
Budi,
sudah aku semaikan budi aku pada mereka. Meninggalkan sesuatu yang berharga tanpa perlu tahu jasad nya bagaimana tapi hadir dalam roh yang terasa. Hati sayu nan indah bila kebaikan dalam berurusan turut diiring bersama. Garis panduan agama juga tidak ketepikan. Moga kolej dilindungi dari azab dan balasan tuhan.
Hormat,
buat mereka yang masih ada, masih menuntut ilmu dari seorang murabbi, ketahuilah
kejayaan anda sebahagiaan dari doa dan redha dari mereka. Sekarang nilai hormat makin berkurang. Makin tidak dihiraukan generasi pemuda pemudi. Nilai seorang penuntut ilmu itu pada rasa hormat sang murabbi. Allahu
Murabbi,
jika arina pernah melukai hati mu, ingin sekali aku menemui mu, mohon keampunan. Ampunkan arina wahai murabbi. Tidak berkat ilmu yang ada jika murabbi pernah terasa dengan tingkah laku arina. Mana pergi nilai hormat mu arina pada seorang yang tinggi nilainya disisi tuhan. Sedang aku yang mentah ini, suka lagak bagai mempunyai sesuatu. Kecilnya hati murabbi.
Dan ku masih terasa dengupan jantung mu,
tanpa Mu ku kan rapuh..
Kuat,
ayuh terus kuat.
2017,
untuk mereka yang tersayang dan disayangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment