Wednesday, April 25, 2018

Suka berniaga!

Assalamualaikum.
Wah gitu semangat nak menaip malam" gini. Menaip ini boleh buat aku tenang dan aman. Tapi perlu ada semangat dan jiwa yang hidup. Tak mahu la menaip, berkisah kosong tanpa tujuan.

Dari tadika, naik ke sek rendah. Selepas tu ke sek menengah dan sampai la usia ke menara gading, berniaga tu tak pernah tolak. Bermacam dah kita jual. Dari pemadam, ke buku nota, stiker, makanan, pakaian, tudung dan macam-macam lagi.

Kita ni kurang ilmu je untuk 'stick' pada satu perniagaan.
Asalnya berniaga sebab suka 'kira' duit. Biasa atau pelik? Dari situ, cuba berniaga. Hasil jualan tak seberapa pun, tapi adalah duit yang nak dikira hari" tu. Waktu kecil tak pikir sangat untung tapi keseronokkan pegang duit tu. Alahaiiiiiiiiii duit duit!
Ahahahhahah *bukan mata duitan ye

Sekarang, masih berniaga. Kekal untuk berniaga ni sebab sokongan padu weyh dari keluarga. Pikir" balik, keluarga ni jangan la di toreh arang, tak makan satay nanti * okey tak kait apa" pun.

Kembali pada topik kita,

Saya sekarang seorang usahawan separuh masa yang aktif. Jual sambal hijau. Jadi ejen pada sambal hijau ni. Bukan air tangan saya mahupun emak. Bukan bukan. Ramai betul tanya, mak ke masak.?
Terdiam saya. Senyum kambing wangi je mampu.

Selain itu, saya juga tolong secara sampingan ayah jual makanan tambahan yang boleh menghidupkan stemcell manusia. AFAMAXX by MAXXIMA.


Korang mesti nak tahu lebih lanjut pasal AFAMAXX ni kan? 
Aku boleh beri tapi.. beri cadangan je lah *hehe..
Korang google je AFAMAXX by MAXXIMA. Insya Allah akan adalah nanti keterangan pasal benda tu.

Yang sihat boleh makan. Yang tengah nak sihat pun boleh makan. Yang sedang ikhtiar untuk sihat, amat lah boleh. Ingat ye.. benda ni bukan ubat, CUMA makanan tambahan untuk sistem badan kita.
Aku makan ke? Soalan korang pon..

Semestinya! Apa yang aku jual, aku akan jadikan diri aku sebagai uji tabung untuk lihat keberkesanannya selain dengan izin Yang Maha Esa. Benda baik ambil masa. Nama pun makanan tambahan, mana boleh makan baru 2, 3 hari dah terus nampak impaknya kan? Boleh tapi jarang keberangkalian tu nak jadi.

Ramai dah yang kembali sihat, dapat kehidupan mereka semula dengan pengambilan makanan tambahan ni. Korang yang dibawah pemerhatian doktor, boleh ambil cuma jangan tinggal apa bekalan yang doktor berikan. Jangan!

Ingat dalam kepala hotak memasing, ini MAKANAN TAMBAHAN, bukan UBAT!

Berniaga lah secara tulus dan ikut garis pandu agama kita, Islam. Ikhlas dalam penyampaian. Benar apabila berkata-kata, amanah bila diberikan tanggungjawab.

Kalau ada yang berminat nak ambil, saya atau ayah saya akan consume awak. Jangan risau. Kami bukan nak jual atau lariskan produk semata, malah mahu menjaga client kami. Berikan servis yang terbaik dari kami untuk client di luar sana. Kami akan consume dari segi cara pengambilan. Tanya latar belakangan kesihatan client dan lain-lain lagi.

Allah berikan rezeki yang luas pada peniaga, jadi berniagalah. Lillah taala.

Semoga saya, ayah dan awak semua di luaskan rezeki dalam menjalankan perniagaan ini. Doakan saya dan keluarga berjaya ye. Doa anda semua tak mampu saya balas, cuma boleh berdoa semula pada Allah, masukkan kalian yang mendoakan kami dalam syurga tanpa halangan, insyaAllah.

Mana nak dapatkan sambal hijau yang saya jual ni?
Meh bukak FB. ada FB uolls. Korang tengok" lah dulu page sambal hijau tu. Baca, rajin rajin kan untuk membaca yee.. hehe

Untuk AFAMAXX by MAXXIMA nak consume dengan ayah saya, boleh pergi ke page FB dia

Selamat Malam!



No comments: