Salam 10 Muharam 1440H. Hari Asyura, Selamat berpuasa sunat ye.
Celoteh semalam dengan Ustaz Sazali, sedang memanggil nama anak didiknya, salah satu dari mereka bernama 'Nur Hijrah'..
"Lahir bulan Muharam ke?" "Tak ustaz". Sengih si Hijrah. "Selalunya nama hijrah ni lahir bulan muharam, awal bulan dalam kalendar hijrah". Gurau senda yang bisa buat orang sengih walau sesaat.
habis.
Apa pulak yang tertutup ni? Jarang orang simpan kenangan benda tertutup ni, kan?
Tidak pada seorang ayu ni. Menyapa kita kata rindu. Rindu nak membahan je lebih tu. Dengan ayu tak boleh tak bukak cerita. Sikit-sikit terungkai cerita lama terbuku.
Terburai jugak tadi. Ayu ayu.
Tak perlu bersama hari-hari, cukup ada bila perlu. Cukup disisi jika dimahui. Tuhan, kiriman indah apa yang kau sampaikan pada malam semalam. Sesuatu penyinggahan seketika untuk lepaskan lelah lama terbuku. Indah!
Rasa itu makin berkurang. Nikmatnya. Hanya sekeping gambar, tuhan izinkan hati duka bertemu penyembuh lara.
Bukankah ianya suatu nikmat besar?
Cerita kita, nampak ceria. Tapi dedalam itu tiada siapa mahu tahu. Bukan menyombong, tapi aku punya kepentingan lain untuk di ambil berat dahulu sebelum kalian. Tak terniat mahu memutuskan tali kemas persahabatan ini, tapi masa makin mencemburui saat kita untuk bersama.
Tenang sudah. Kata itu menenangkan aku. Sikit, sudah memadai. Terima kasih sebab hadirkan insan sebegitu, Allah.
Selamat malam
No comments:
Post a Comment