Oktober.
pagi 12. minit ke 25. saat sedang bergerak.
aku duduk bersila, menekan kekunci abjad. Menyusun kata meluah rasa.
berhak ke aku untuk menyoal, jika aku masih ada pilihan untuk meneruskan jalan?
kalau kau minta aku luah kata, aku rela kau duduk dibangku depan
sedang mata-mata memerhatikan mu, dari kini kau hadir bila kotak permintaan bunyi keroncong.
aku cuba untuk tidak membawa naik dedak cerita kita, tapi kau yang goncang dedak itu.
apa aku masih boleh diam dan bertahan sepi?
guru unggul pernah nasihat, jangan dibuka ruang aib jika tidak mahu dirobek robek.
bahasa melayu. ayat ciptaan aku. tak paham tak mengapa.
kau masih kau, bukang ENGkau. tepuk tangan.
..
Tuhan, aku ini kuat kan? dengan bantuan mu semestinya.
aku perlu jadi kuat. untuk aku. untuk semua. kalau sekecil ini aku sudah lemas terkapai-kapai, bagaimana pukulan ombak yang deras?
kuat. dalaman dan luaran. ini teguran dari kau sebenarnya. lama sudah aku tidak menajamkan kekuatan dalaman aku. asyik terlihat luaran saja, dalaman siapa mahu ambil kira?
kau, masih bergantung harap pada aku. aku cuba sehabis baik untuk mengikut gelombang kau, yang kadang turun naik,, mendatar, menurun saja ataupun menaikkkk aja!
kau, dah boleh tidak bergantung pada aku. sudah sudah la. Bagai aku jantina kau, kau bertukar jantina aku. Punah!
hidup ini pilihan, kekalkan momentum segar dan bertenaga
isi semula kekuatan dalaman. agar yang diluar itu pantulan dari dalam.
isi tau!
No comments:
Post a Comment