Sekalung tahniah buat graduan KPTM Konvekesyen kali ke-35. Tarikh sejarah. Detik itu, dinantikan ramai pihak. Terutama keluarga & pensyarah.
Tanggal 22 Oktober 2018, jam 2.00 petang perarakan para graduan masuk ke dewan. Dilihati beratus pasang mata, senyum lebar di bibir mereka. Apatah lagi para graduan. Pada ketika itu, tidak semua dapat kumpul bersama, meraikan kejayaan yang telah dikecapi.
Aisya, kehadiran yang tidak dijangka tapi telah hadir kau disitu, gugur air mata. Kau di uji tapi tetap semangat dan senyum sentiasa. Aku tahu kau kuat. Semoga Allah meringkan ujian mu, Aisya.
Tiga tahun di batu pahat, menuntut ilmu di kolej bawah MARA tidak meletakkan apa-apa harapan lagi. Serba serbi tidak tahu. Hari demi hari, aku diajar, sudah mempelajari selok belok pengurusan kolej itu.
Kata ustaz aku, semestar awal adalah tempat untuk aku menempah nama dan kedudukan di tangga kejayaan. Itu semua permulaan. Jadi, coretkan permulaan perjalanan mu dengan sesuatu yang bagus untuk mudah bergerak ke peringkat seterusnya. Kata dia, aku buktikan. Syukur.
Berkongsi cerita aku pada ustaz tersebut. Gembiranya beliau, ramai anak muridnya telah berjaya dan terus berjaya di luar sana.
Berbalik pada kolej. Tahun pertama tahun aku mencuba mengasah bakat. Aku sertai Majlis Perwakilan Pelajar. Mencuba mempromosikan diri sendiri untuk membantu pengurusan juga menjadi penyampai masalah pelajar.
Keluarga. Aku sudah ada keluarga baru selain dari kawan sekelas. Menarik. Bermacam ragam. Bermacam rasa. Pelbagai corak latar belakang. En.Halim menjadi orang yang sangat penting dalam keluarga kami, dia seolah AYAH semasa kami bersama. Tak lama dengan beliau kerana beliau di naikkan pangkat, kami dapat merasa IBU dalam keluarga besar ini. Lengkap akhirnya. Ada ibu ada ayah.
Agenda bersama rakan sekelas, akhir semester akan kami rancang untuk meluangkan masa bersama. Apa saja kami tak cuba bersama, makan cendol di stesen bas naik bas kuning ;Sudah!
Makan tengah hari bersama dan borak panjang ; Sudah!
Berkelah dan ber BBQ bersama ; Sudah!
Yang paling jauh, luar dari negeri Johor, kami berjalan ke Pulau Pangkor pun Sudah!
Semua itu kenangan yang sangat manis. Dalam manis ada juga pahit. Tapi sekarang tengah bercerita tentang kemanisan, lupakan saja ye kepahitan bersama. Kalau tanya nak lagi tak bercuti bersama, rata-rata akan beri respon positif. Mungkin lagi 5 tahun dari sekarang, mana tahu?
Dalam pada itu, aku juga di temukan dengan para pensyarah yang berkaliber. Dia mahu anak didik dia keluar dari zon selesa. Bukan hanya tahu di suap suap. Dia mahu kami berwawasan dalam melengkap ujian yang diberi. Fikiran harus pantas dan kreatif. Kata mahu jadi seorang yang membangunkan website, mana mungkin firkiran tidak fokus dan hitam putih. Perlunya berwarna warni dan tersusun, agar pelanggan tertarik dengan hasil kerja kita.
Ucapan terima kasih daun keladi ini di tuju khas buat, Madam Aidahani, Madam Muhafizah, Madam Noraini, Madam Azian, Madam Azahana, Miss D, Sir Irwansyah, Ustaz Azman, Ustaz Amli, Madam Zalina, Madam Hidayah, Madam Mimi Dalina, Madam Ainfadzilah, Sir Erwandi, Sir Zulfikar, Sir Fariq, Miss Mariam, Sir Farhan, Sir Izzat, Dr.Zuraidin, Madam Hailawati dan Madam Umi Kalsum.
Buat kakitangan KPTM Batu Pahat, Kak liza, Kak Ayu, Madam Fatimah, Miss Idawati, Madam Juliana, Puan Fadzilah, Abang Helmy, Abang Fitri, Abang Haziq, En Azizan, Abang Fattah, Abang Adzim, Madam Nabilah, Madam Aisyah, Abang Farid, Abang Naim, Abang Jasmin, Puan Mazliha, En Farid, En Hisham, En Zaidi dan En Halim
juga mereka yang pernah saya berbakti mahupun menghulur bantuan pada saya selaku bekas pelajar KPTM Batu Pahat yang saya tidak sebut nama, insyaAllah kebaikan kalian segar diminda saya. Semoga Allah merahmati usaha dan kebaikan anda semua.
Buat kenalan yang lain, terima kasih atas pengalaman, pengajaran, pengenalan antara kita. Semoga apa yang berlaku ada hikmah disebalik itu.
Buat bebunga hati kita, gaduh itu punca kita bersama sampai hari ini.
Buat keluarga ku kedua, yang pergi itu panggilan ilahi, yang ada kekallah bersama.
Buat DIT 1, korang punya bantuan tak ada siapa yang boleh menang lagi.
Buat DIT semuanya, terima kasih atas segalanya, kenangan kita bersama.
Buat kumpulan bola tampar, En Fadhil selaku jurulatih bagi Suptem 7. Melatih kami dengan kudrat yang beliau ada. Perkenalan yang singkat. Kurang dari setahun aku rasa. Tapi dia punya akrab tu, lain macam la. Tiada sempadan langsung. Buat senior yang pernah beri tunjuk ajar, terima kasih. Buat rakan sepasukan yang menangis bersama, gaduh bersama, latihan bersama, penat bersama, takkan ku lupaa itu semua. Walaupun kita kecundang, tapi usaha kita berbaloi.
Buat keluarga fasi, terima kasih kerana mempercayai Arina dalam melaksanakan tugas tugas yang ringan dimata luar tapi berat dimata kita semua. Buat adik-adik, teruskan melangkah dan melakar kejayaan. Terima kasih atas bantuan korang selama kakchik memerlukan bantuan. Korang HEBAT!
Akhir kata, kenangan Batu Pahat tersimpan rapi disudut hati.
Mohon maaf atas kesilapan lampau sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jika Arina ada hutang dengan korang, maklumkan pada Arina dengan kadar segera, TQ.
No comments:
Post a Comment