Tuesday, December 09, 2014

Naik pentas




Alhamdulillah ! Tahniah kepada angah . Dah abis dah diploma dia dan selamat dah pun konvo dia baru-baru ni. Lega dek hati seorang ibu dan ayah apabila anaknya sudah abiskan pengajiannya dengan sempurna. Di sudut yang lain, gembira tak terkata. Syukur. Segala penat lelahnya terhasil dengan pencapaian segulung ijazah.

We are proud of you, bro!
Tahniah angah! Angah dah tunaikan hasrat allahyarhamah uci. Uci nak anaknya tapi tak dapat. Turun pulak kepada cucunya. 'Sebaik-baik perancangan manusia, terbaik lagi aturan dari Allah'.

IbuAyah ulak-alik penang-kl demi anaknya. Demi menjaga kebajikan, pelajaran dan perhatian buat anaknya. IbuAyah hanya nak lihat anaknya berjaya dunia dan akhirat. Itulah matlamat IbuAyah terhadap anak-anaknya.

Alhamdulillah, Dah selamat dua orang anaknya naik pentas, graduasi !
Ibu kata, ' lagi dua orang tinggal, nak naik pentas'
Ehhe. Paham sungguh maksudnya tuu.
Buat ibu, Insya allah. yang tinggal dua ni akan naik pentas juga suatu hari nanti.
Doakan untuk yang `DUA` lagi nie yeee, semoga Allah izinkan untuk naik pentas menerima segulung ijazah, hah ! bukan naik pentas terkinja" ... ye.. nauzubillah !

#Bila tengok nama angah di sebut untuk menerima sijilnya terasa berkobar-kobar nak sambung belajar dan buat yang terbaik.
Salah satu membuatkan diri ini bermotivasi apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh seseorang. Dan jugaaa,
rintangan yang dihadapi olehnya, Yaa !
Berbekalkan semangat yang jitu, Saya boleh !
hohoh..
baiklah. sampai disini saje coretan dari saya.
Semoga ada manfaat disebalik cerita ini..

yang ingin kejayaan,
kAnTabIngkAi


Tuesday, December 02, 2014

Bila `kami` disatukan

Akhirnya .... tamat !

#Lastpaper ...
Calling #Lastpaper ...

20.November.2014 ..
Itu tarikh keramat buat kami, CALON SPM 2014 yang menandakan telah tamat perjuangan kami di medan perang. #hanyaseketika
Alhamdulillah #sujudsyukur #jomm
Selama 10 bulan kami mengambil masa untuk menalaah subjek yang telah ditetapkan. Total subjek 10 ...
`eh? belaja 10 bulan, cover 2 tahun punya topik then 10 subjek? ... tak Killer ke? Fuhh, mampu ke nak hadapi? Impossible  lah weyy !`

Hah! kata-kata dusta je semua tu ..
Sebenarnya benda tu semua dah terbukti bahawasanya(ayattinggi0ooh) BOLEH ..
Program ini adalah salah satu Idea dari kerajaan Negeri Selangor untuk  membantu pelajar-pelajar tahfiz menempatkan diri dalam bidang kerjaya di Malaysia.
Program ini telah mendapat sokongan dan bantuan dari salah sebuah Universiti milik kerajaan negeri Selangor iaitu UNISEL  Juga merupakan anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS).


Unismart telah beroperasi hampir 3 tahun bermula dari 2011 hingga kini 2014 .

Alhamdulillah. Semuanya telah berakhir. 
Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi kami, anak-anak tahfiz. Membimbing dan membantu kami dalam menelaah pelajaran. Tak lupa juga kepada pihak pentadbiran Unismart, pensyarah UNISEL, staf Unismart yang lain, warden, pihak  ta`am dan semua pihak yang membantu menjayakan program ini.


Kenangan berada di Unismart tak akan ku lupakan !!
May All of candidates get bless .
Pray for us, the coming result.

meh sini, sya belanja picca !
All from me,
Kantabingkai


Kelas Aisyah
Kelas Khadijah
Banat
Sambutan Hari Lahir
Sambutan Hari Raya
Ziarah



Thursday, June 05, 2014

Berjuang hingga ke akhirnya

Assalamualaikum.
Selamat tengah HAri..
hahah,
dah lama beno ehh, tak menaip. Rindu kemain lagi. Biase lah, kalau dh lambat cenggini maknanya tak da topik lettew..
Kite masih tak pndai nak tulis ikut isu semasa dan .. . . . . . ADAKAH DISEBABKAN ITU MENDAPAT KURANG PERHATIAN? ... Mungkin jugak.
Tak mengapa lah... Asalkan apa yang saya tulis dari hati dan minat saya.
Kan nampak saya suka berkongsi. hah ~!!.

okey. Saya baru je lepas exam tengah tahun. WOW !.. best. haha . Selama seminggu peperiksaan itu diadakan. Kemudian, menjadi fasilitator di Kem Smart Solat bertempat di Greenvalley, Rawang.
Unismart memberi kami cuti hahah, 2 Minggu ~!! walaweyyy, *takut* ..
Cuti minggu pertama saya habiskan berkhidmat di sekolah lama. seronok !!!! Dalam seminggu tu, sekolah tu ada buat Kem Kembara Soleh.
Kali ini kami menerokai duani sains yang sinonim dengan agama islam. Sungguh saya takjub dan seronok dengan pengembaraan bersama mereka.. Banyak jugak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam tempat itu..
HAH !, tempat itu dinamakan PETROSAINS.
Kemudian, kami menuju melihat makhluk ciptaan allah yang ada sebahagiannya hampir pupus. Takjub ! Subhanallah ! .. HAH, tau tak kat mana? ayoayaiii, okeylah. kite orang pergi AQURIA, KLCC.
Alhamdulillah allah pelihara perjalanan kami. Semuanya selamat .

okey. itu saja dari saya. Doakan Oral dh nak hampir. "Semoga NUR ARINA MOHD ADLI dapat menjawab dengan tenang dan mudah mengingati apa yang telah dihafalkan., insya allah.."!..

jom! tgk picca~!
Pelajar Unismart`14


di petrosains.