Tuesday, August 29, 2017

Ayah

Pagi 7 Zulhijjah 1438 H
Tak lama lagi kita semua akan menyambut raya. 
Raya apa pulak kali ni?
Raya EidulAdha.
Moga kita semua mengambil kesempatan dan pengajaran dari peristiwa yang terdahulu.
Insya Allah
 .....

Ayah,
anak-anak semua dah besar panjang. Semua dah nampak baik buruk. Boleh beza antara jahat dan baik.
Cuma kadangkala, kami tertanya.. apa yang dimahu nya dari ayah oleh anak-anaknya.
Dulu, kami kurang bercakap dengan ayah. Sekarang apatah lagi. Ayah tetap ayah kami, walau apapun terjadi.
Anak ayah semua berjaya melanjutkan pelajaran atas usaha gigih dan kudrat dari lelaki hebat macam ayah. Ayah tegas, sangat menjaga perihal anak-anak dia.
Anak ayah sayang pada ayah. Senyuman ayah membuatkan hari anak-anak ayah makin bersinar.

Ayah,
Kami dah mengerti setiap tutur kata dari ayah. Boleh faham tapi kadangkala tak dapat nk turuti.
Sebab kenakalan dan kedegilan kami. Macam-macam ayah rasa bila anak-anak dia tak dengar kata.
Mahu dirotan, sudah besar panjang. Mahu dibebel, takut bebal lagi budak ni.
Hai anak. Suka merungsingkan kepala ayah mu.

Ayah, 
Mahu sekali hati ini membidas kata-kata mu
tapi..
Aku akur dengan kata-katamu sebab benar belaka. 

Ayah,
berikan aku peluang untuk menegur mu.
Kasihi kami, bantu kami,
untuk kekal menyayangi mu hingga akhir hayat kami.

Dulu keadaan nya lain
Dan kini berbeza.
Makin berbeza. 
Aku impikan keluarga yang mawaddah wa rahmah.

Cukup sampai disini ayah.
moga kita berkumpul di syurga firdausi.
amiin..

Sunday, July 23, 2017

Selfish

Gigih aku rancang nak jumpa dengan kau.
Gigih emaknya pulak bagi idea sediakan apa yang patut sebab aku nk jumpa kau
Gigih nya semua orang, termasuk kau selesaikan dulu kerja kau sebelum ia terlambat

Aku, banyak rencana yang aku batalkan sebab amanah ini.
Aku banyak ketepikan kata orang sebab rezeki kebahagian ini.
Aku terlepas mencipta kenangan bersama kawan sebab kan sayang nya kepada harta nyawa ini

Apa yang aku boleh buat, sebagai anak untuk menggembirakan hati ibubapa kalau tidak
Turutkan apa mereka kata
Balik secepat mungkin
Selalu bertanya khabar
Doakan mereka
Dan ...
Mengetahui hasrat di hati kecil mereka.

Tak besar mana pun pada mereka, tapi agak rumit barangkali untuk kita tunaikannya
Balik rumah, aku selalu program hari aku agar tidak terlepas pandang masa bersama mereka
Kadangkala ia menjadi, kadangkala emak abah sedih muncung kedepan tengok sikap anaknya yang sudah besar panjang.

Emak pernah bercoret
 'Ingat dah besar anak-anak lagi senang nak buat program seharian, rupanya tidak'
Tidak ke aku terkedu. Ya. Terkedu. Emak punya anggapan, anak-anak besar senang kerja. Kalau dulu kecil-kecil payahnya masa mandi nak siapkan baju, tidak dengar kata.
Besar dah kami?
LAGI susah nak dengar kata. LAGI susah nak buat benda yang senang kan hati mereka. LAGI dan LAGI susah semuanya ..

Apa aku, sebagai anak ini pentingkan diri sendiri? Yang sudah besar, sudah punya akal sudah punya nafsu..
Mahu saja mengetepikan kehendak emaknya..
Mahu saja apa yang diturut si nafsu itu berlaku..
Mahu saja melukakan hati kecil emak abah


Sudah sudah laa.
Masa tidak menunggu kita malah meninggalkan kita.
Tidak terdaya kita memutar kembali masa dan peluang yang diberi..
Tidak terdaya wahai anak emak sekalian.

Aku, anaknya..
seringkali mendukacita kan hati emak abah.
Tapi mereka tidak pentingkan diri untuk tidak memberi kasih sayang pada aku
Malah masih memberi dan beri.. tanpa sedikit kata-kata ungkit

Ini, luahan rasa.
Biar diluar sana berbisik perihal kita, bukan emak sendu senda merindui anaknya
aku disini,
sangat merindui kamu.
sekian









Friday, June 02, 2017

Hai June.


Salam malam 8 Ramadan.
Ramadan al-Mubarak.

Pembaca yang dikasihi, sihat ke tak tu?
Harapnya semua sihat belaka ye
Dalam bulan ramadan ni, kita semua kekurangan air di siang hari.
Kena top-up semula badan kita minum air banyak-banyak waktu malam.

Dalam masa yang sama, kena amalkan hidup yang sihat.
Pengambilan makanan yang seimbang, sihat dan nutrisi.

Waktu ramadan ni, hakak ada ambil makanan tambahan untuk membantu memberi tenaga dan kekal cergas.
Kita puasa, tak bole nak minum makan semua kan? So, Cellmaxx membantu untuk kekal cergas. Badan hakak tak la kering sangat.. haa maksud hakak, kulit. Kulit tak kering sebab Cellmaxx membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Yang ada sakit kronik atau kesan yang teruk menyebabkan korang tak dapat nak puasa seperti gastrik, bole cuba ambil Cellmaxx.
Hakak berani syorkan produk Cellmaxx ni sebab dah banyak dengar cerita" orang yang ada penyakit kronik, dengan izin Allah mereka lebih sihat. Penyakit yang ada sudah sembuh. Alhamdulillah.

Mana-mana pembaca yang baca post ni, ada kenalan, ahli keluarga yang perlukan bantuan, mari mari lawati laman web Cellmaxx . Dengan cara tekan perkataan Cellmaxx,

Perlukan mentor atau penasihat tentang produk ni, boleh hubungi
En.Adli 012-3240780.

'One Dream One Direction One Maxxima'