Wednesday, May 04, 2016

Kali terakhir ... ...





Baru tadi selak buku catatan dosa pahala.
Ciptaan aku sendiri. Cubaan untuk sentiasa beringat. Dikawal oleh manusia lain yang makan garam lebih dari aku.

Dalam setiap hari yang aku lalui, tak akan pernah tak ada pengajaran juga hikmah yang berlaku. Sedar atau Alpa!?

Warden merangkap kakak kepada semua, sentiasa mengingatkan kami tentang Dia. Tak lekang menyebut Allah dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Begitu hebat bagi aku pegangan dia terhadap Allah 'azza wajala.

 Kami berusaha merapatkan diri dan jiwa dengan menghafal suatu mutiara yang sangat berharga. Usaha dari warden itu sendiri buat aku kagum. Mengajar kepada kami susah dulu, di kemudian hari kami senang. Senang mengamalkannya. Bila susah pada usaha, kejayaan itu lebih dihargai. Tak akan sia-sia kan.

Agak cliche bila orang menahan air mata. Untuk apa dicipta kalau mahu bukti 'aku hebat'. Bukan tanda gugur air mata itu kau kalah, tapi kemenangan dalam hati itu lebih diutamakan.

Dia tahu apa yang kau perlukan. Kadang kala kita, MANUSIA bisa mempertikaikan kenapa, mengapa .. dan pelbagai persoalan kepada Dia, hanya semata satu perkara. Tidak kah kau sedar Dia memberi lebih dari apa yang kau perlukan.

Bila jiwa porak peranda, salahkan situasi. Sekeliling. Padahal, jiwa kau rosak dek kealpaan kau!.
Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu hambanya. Cuma dia tidak mahu nampakkan nikmat yang akan diberikan itu 'murah dan mudah'. Sebab bagi Dia, sungguh mudah bagiNya untuk memberi mu kebahagiaan.



Tapi akan Dia yang mahu diperlihatkan adalah : Air Mata .
Usaha dari kau, wahai hamba yang mulia. Ciptaan yang sempurna.

Tanya pada jiwa, kali terakhir air mata itu jatuh bila?
Kerna apa? Tujuan ke mana?
Adakah rugi atau bernilai?

Sungguh Dia rindu akan tangisan dari mu, wahai umat Nabi Muhammad s.a.w
Bangunlah ketika tiada sesiapa pun yang kelihatan, memohon apa saja yang dikehendaki. Dari Dia yang menciptakan segalanya, kembalikan lah semula keranaNya.

Kali terakhir kau mengucapkan syukur, Ya Allah ?


Buku itu terus disimpan buat kenangan. Ada rezeki, aku akan menyelak kembali .

Road to Ramadhan!

Saturday, April 09, 2016

Sebulan untuk dihargai

Salam REJAB. Sudah berlalu bulan sebelumnya ; JAMADILAKHIR.


اللهم بارِكْ لنا في رجب وشعبان وبلِّغْنا رمضان
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab & Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan
ameen
Tinggal sebulan untuk aku berusaha demi mereka. Mereka yang banyak berkorban tenaga, masa mahupun wang. Mereka yang tidak lelah memberi semangat dalam emosi mereka tidak stabil. Mereka yang menanggung rindu akan tetapi tahu dan memahami tanggungjawab dan kepercayaan yang telah diberikan kepada waris keluarganya. Mereka yang berpegang teguh pada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., memanjatkan doa dimalam hari demi kekuatan untuk keluarga yang dicintainya. Mereka yang aku rindui untuk meluahkan rasa dalam pelukan yang erat, memohon seribu kemaafan kerna telah mencalarkan kepercayaan yang diberi dan aku ingin melihat mereka tersenyum lagi demi kejayaan dari ku buat mereka.

Tinggal sebulan untuk aku menelaah semula pembelajaran yang aku ketinggalan dek kesibukan pada komitmen yang lain. Sebulan untuk aku bangkit dari kelesuan untuk berjihad. Sebulan untuk aku gigih usaha mencapai kejayaan. Sebulan untuk aku bermuhasabah semula diri ini. Sebulan yang tinggal hanya beberapa jam lagi. Dalam sebulan itu, pelbagai acara harus didatangi bagi melaksanakan tanggungjawab. Dalam sebulan itu, boleh berlaku sebarang kemungkinan. Kemungkinan yang pasti tidak diendah saat kau bahagia ; MATI. Dalam sebulan, boleh berlaku apa sahaja jika diizinkan olehNya.

Sebulan,
suatu tempoh yang aku ada. Diberi olehnya untuk mengisi tanpa kekosongan.
Sudahkah kau melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya?
Anak kepada kedua ibubapa mu? Mahasiswa? Khalifah dimuka bumi ini?

Tanya pada hati, apa yang terisi. Tanya pada Ilahi, masihkan punya simpati . . . . .

Jauhkan aku dari fitnah WANITA, DUNYYA dan dajjal al-masih.
Jauhkan aku dari sikap membohong demi keselesaan dimuka bumi.
Jauhkan aku dari kematian yang menyiksakan.
Jauhkan aku dari hilang rasa takut padaMu.

Allahumma sholli ala' sayyidina Muhammad wa' ala alihi wasohbihi wassalim

Sebahagian ulama' menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk memperbanyakkan istighfar, manakala Sya'ban ialah bulan memperbanyakkan salawat ke atas Nabi ﷺ dan Ramadhan pula ialah bulan memperbanyakkan al Quran


Saturday, January 02, 2016

Hadiah mak buat kekasih hatinya

Assalamualaikum 2016.


Selamat datang dan sangat dialu alukan kehadiran anda.
Disambut dengan pelbagai cara.
Semoga dapat diisi dengan benda yang lebih bermanfaat.

Hujung minggu.
Rasanya tak penah tak diam dirumah. Bergerak je tayar kereta masing".
Melaksanakan misi pelbagai, pelbagai misi ; kan lebih cantik ayat tu.
Menelaah ragam dan sisa kehidupan.
Menghadiri jemputan sana- sini.
Berjabat tangan dengan geng mengutuk.
Berdating dengan F.A.M.I.L.Y
 ; Kalah YB. Opkos. Punchline yg agak hangit di pasaran, 'demi menampung kos hidup yang semakin ramah tamah, #2kerja setiap individu'

Tak pasti saya sahut atau tidak.
Ehek!

2016.
Buka je tingkap, rezeki menyapa
 "dah pergi bercuti menenangkan fikiran sebelum diasak lasak untuk tahun ni?" 
'Belum'
"Nah" *sambil menghulur kunci kebahagian buat kami sekoge.
=sengih kambing melerettttttt.

Anak dah besar baru mereka berupaya berjalan cuti-cuti Malaysia kembali. Untung anak-anak zaman kini, dah round sana-sini. Bukan tak teringin tapi tak perlu. Cukup bawa aku berjalan dipasar malam.
=weyhhhh! >,<
Beli keperluan pun dah macam over budget, ini bercuti sakan.
Tapi saya percaya, kebahagian keluarga itu dimulakan dengan masa yang diluang bersama juga mahabbah diantara satu masa lain.


So, two0one6 merasmikan pembukaannya dengan HOLIDAY!
Saya pergi dulu. Jangan dirindui. Cukup diingati.
Kacak dimana"

p/s: Kisah saya mungkin tiada point yang +, macam syok sendiri pon iya. Ade point ambil, tiada lepas baca sengih dan ucapkan 'ALHAMDULILLAH'.

Sebab? Masih diberi kesempatan membaca sampai akhir cerita.




cc: incik google.